Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

Wanita kehilangan kuda akibat banjir raih simpati ramai, “Tiba2 rasa…”

Nabilah by Nabilah
2 weeks ago
in Haiwan
Reading Time: 2min read
0
kehilangan kuda
839
SHARES
3.8k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kehilangan haiwan peliharaan adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan, terutamanya apabila pemilik tidak tahu jika haiwan peliharaan mereka yang hilang selamat atau tidak.

Mereka akan risau jika haiwan mereka merayau ke tempat berbahaya atau lapar dan tidak dapat mencari makanan. Situasi itu pasti membuat pemilik haiwan peliharaan sedih dan tidak tenang.

Print
Editor's Pick
Yes Hadir Dengan Plan Tanpa Had Pada Harga Serendah RM30 Sebulan
Open New Tab

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila 2 ekor kudanya hilang kerana melarikan diri dari banjir. Pemilik kedai haiwan bernama Cek Na itu memuat naik video meminta pertolongan orang ramai untuk membantunya mencarikan dua ekor kudanya yang merupakan ibu dan anak yang hilang sejak dua hari lepas.

Tolong sis ni dia hilang kuda 🥲 pic.twitter.com/1wBCtkuhEv

— sidd (@sid_dek) January 5, 2021

Dalam videonya yang tular, wanita berkenaan menangis kerana telah mencari selama 5 jam di kawasan kampung yang terletak di Kampung Durian Sebatang, Pahang, namun haiwan peliharaannya itu masih tidak ditemui.

Video yang dikongsikannya meraih tumpuan dan berkat pertolongan orang ramai, ibu kudanya berjaya ditemui semalam. Walau bagaimanapun anak kudanya itu dikatakan tewas dibawa arus.

Ibu kuda berkenaan ditemui dalam keadaan kurus, dan selain anak kudanya yang terkorban, haiwan-haiwan peliharaannya yang lain ada juga yang turut tidak dapat diselamatkan akibat banjir besar di Pahang.

Selain itu ramai juga yang simpati dengan nasib yang menimpa wanita itu tetapi tetap sempat meninggalkan komen-komen lucu.

“Kebetulan, hobi saya mencari kuda…”

Kebetulan, hobi saya mencari kuda https://t.co/eeAnLWsQGB

— Usamah (@usamahishamudin) January 5, 2021

“nombor dia ni nak kena delete ke…”

Kuda dah jumpa tapi nombor dia ni nak kena delete ke biar je save ni? 🤔 https://t.co/tlDr6i3jUh

— Qi (@nuaimrifqiss) January 5, 2021

“tiba tiba rasa nak jadi kuda…”

Tiba tiba malam ni terasa nak carik kuda. Pantang aku orang hilang kuda ni. https://t.co/ZQsmDxv64O

— Jang Perralta 🇲🇾 (@_bojangg) January 5, 2021

🥺 tiba tiba rasa nak jadi kuda https://t.co/bUiCsZGdtd

— Ec$tacy ð“…“ (@xthtics) January 5, 2021

Teruskan membaca kisah-kisah menarik di bawah.

Individu kongsi keadaan sebenar dilalui mangsa banjir, “Baca pun dah rasa tersiksa…”

Pemandu lori terkandas sempat masak maggi, “Cakk abang bomba…”

Baru Kehilangan Haiwan Peliharaan, Kesedihan Lelaki Ini Bertambah Gara2…

SumberTwitterFacebook

Trending

Penunggang Motosikal Tak Tanah mai
Kehidupan

Kelakuan Lelaki Di Lampu Isyarat ini Undang Persoalan Netizen

3 days ago
Maryam
Hiburan

AC Mizal kongsi video Maryam ajar lagu bahasa Korea, netizen terhibur Lisa & doktor juga join

3 days ago
pasar
Lawak

Wanita dalam lif cuba tipu bapa ada di pasar, penumpang lain turut beri kerjasama

2 days ago
Telatah Anak Kembar main
Kehidupan

Telatah Anak Kembar Bila Bapa Tersalah Panggil Nama, “Comelnya!”

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network