Perempuan kalau keluar pergi membeli barang-barang memang agak berbeza dengan lelaki. Ada sesetengahnya suka membelek-belek produk di rak pasaraya dan membuat perbezaan harga dan sebagainya. Berbeza pula bagi sesetengah lelaki bila membeli barang terus ke rak barangan yang mereka mahu beli dan ke kaunter untuk membayarnya.
Namun semua itu bergantung kepada habit seseorang tidak kira jantina. Bagi si suami pasti faham sangat bagaimana cara para isteri membeli barang-barang di pasaraya. Sama seperti dalam video seorang lelaki yang menjadi perhatian ramai ini.

Dalam rakaman itu kedengaran lelaki yang bercakap dalam dialek Negeri Sembilan menceritakan keadaannya. Menurut lelaki itu, dia membawa isterinya ke kedai untuk membeli tisu.
“Kalau lepas ni orang perempuan beli barang, yang lelaki jangan duk dalam kereta je. Pi toman”, katanya.
Tambahnya lagi, dia sendiri duduk dalam kereta dan membiarkan isterinya turun seorang diri. Setelah beberapa lama, isterinya telefon ada masalah. Bila lelaki itu ke kaunter, rupa-rupanya si isteri membeli barang lain-lain dan bukan hanya tisu.
Bila ditanya mana tisu? Lupa…Adoi, lain yang nak dibeli. Lain pula yang dia shopping! Berikut adalah video pesanan lelaki kongsi kisah bawa isteri ke kedai ini:
Video lelaki kongsi kisah bawa isteri ke kedai ini telah meraih lebih 124 ribu tontonan dan 17 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:
“Tisu tu ayat pembuka jee”
“Panjang bill eaayyy”
“Setuju sangat bang. Jangan mudah percaya ngn orang pompuan nak g beli 1 barang masuk kedai…”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Raih 1 Juta Tontonan, Lelaki Cuak Dengan Biri-Biri Siap Panjat Rakan!
Lelaki Lakonkan Semula Skrip Drama Korea, “Cerita Siam Ke Ni”