Dalam bersahabat pastinya akan ada salah seorang yang memiliki perangai ‘gila-gila’. Lebih-lebih lagi apabila rakan yang sudah lama dikenali mungkin dari kecil hinggalah ke dewasa. Orang kata tiada apa yang hendak disembunyikan kerana sahabat dari kecil ini sudah kenal luar dan dalam kita.
Namun jika terlalu rapat lain pula halnya yang terjadi. Sama seperti yang terjadi dalam satu video yang tular ini. Bukan untuk mengata tapi rasa terhibur pula bila melihatkan gelagat seorang lelaki gigih nak kejutkan rakannya.
Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki bawa motor masuk bilik hanya untuk kejutkan rakannya yang tidur. Punyalah gigih dia nak kejutkan rakannya itu, sampai ke bilik tidur dia bawa motor! Berikut adalah video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini:
Dasar member tak ada akhlak 🤣 pic.twitter.com/oyUmBgUiGg
— fydauz (@fydauss) January 5, 2021
Memang buat hal betullah! Kalau korang perasan lelaki itu siap buka selipar lagi sebelum terus membawa motor masuk ke dalam rumah. Perkongsian video bawa motor masuk bilik tersebut telah meraih lebih 75 ribu tontonan dan 4,000 retweets serta lebih 3 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Ni yang jenis dah bagitau otw lagi 10 min sampai tapi keluar lambat jugak”
“Kelakar tapi bila dengar lagu dia auto serammm. Lagu hantu dipakainya”
“Susah nak jumpa member macamni. Kalau ada hargai la sebab sampai ke dalam tu dia kejut kita…”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Budak Perempuan Ini Dikatakan Kembar Janna Nick, “Uish Sama Betul Muka”
Lelaki Kongsi Kisah Bawa Isteri Ke Kedai, “Setuju Sangat Bang”
Laporan Banjir Dengan Dialek Ini Bikin Terhibur, “….Kelakar Hahaha”