Keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan lain-lain lagi pada awal tahun ini nampaknya agak teruk. Malah menerusi laporan Bernama, jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat naik sejak semalam.
Melihatkan keadaan tersebut, satu karya lukisan yang memaparkan keadaan banjir di Malaysia ini telah dihasilkan oleh pemilik akaun Twitter Yoo Mat. Menerusi karya tersebut kelihatan negeri di serata Malaysia berganding mahu membantu negeri yang dilanda banjir.
Biarpun karya kreatif ini nampak ringkas namun cukup memberi makna tersendiri. Berikut adalah karya kreatif keadaan banjir di Malaysia ini:
Dalam karya ini kelihatan Pahang dan Johor sudah tenggelam di dalam air. Manakala negeri lain-lain di atas sampan sambil cuba bantu dua negeri ini. Malah Sabah nampaknya secara solo berenang ke dalam air untuk menyelamatkan dua negeri ini.
Berikut adalah perkongsian penuh dari pengguna Twitter ini:
Mukaddimah 2021: pic.twitter.com/yL1Ji707Vk
— Yoo Mat (@yoomathambar) January 4, 2021
Perkongsian karya kreatif keadaan banjir di Malaysia ini telah meraih lebih 12 ribu retweets serta 20,800 likes. Rata-rata warganet memuji hasil karya ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“As Johorean + mangsa banjir, terharunya tengok art ni”
“Siap loghat tu”
“Tak tau la tapi gambar ni terlalu bermakna sampai nak nangis tengok hm”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Budak Perempuan Ini Dikatakan Kembar Janna Nick, “Uish Sama Betul Muka”
Lelaki Kongsi Kisah Bawa Isteri Ke Kedai, “Setuju Sangat Bang”
Laporan Banjir Dengan Dialek Ini Bikin Terhibur, “….Kelakar Hahaha”