Keluarga selebriti popular, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen nampaknya semakin mendapat perhatian ramai apatah lagi selepas dikurniakan dua orang cahaya mata yang mana pasangan sama cantik, sama padan ini sudah cukup sepasang.
Anak sulung mereka diberi nama Yusuf Iskandar manakala cahaya mata perempuan pula diberi panggilan Alisa Aisyah. Untuk info, kedua-dua anak pasangan pelakon itu merupakan pemenang Si Cilik Meletop.
Walau bagaimanapun, bukan sahaja Yusuf yang mempunyai laman akaun diikuti jutaan follower malah Alisa Aisyah yang kini berusia setahun lebih juga memiliki akaun Instagram dengan 1.2 juta pengikut.
Biarpun begitu, selain orang ramai tertarik dengan kecomelan anak pasangan popular ini namun kepandaian Yusuf Iskandar mahupun Alisa Aisyah selepas melihat pelbagai gelagat mereka membuatkan kanak-kanak comel itu semakin disenangi ramai.
Terbaharu menerusi posting yang memaparkan gelagat Alisa Aisyah ini ternyata membuatkan perkongsian terbabit ditonton ribuan kali apabila peminat dapat melihat telatahnya sebelum tidur yang sempat bermain dengan abangnya lalu dipanggil oleh Hanis Zalikha.
Ternyata gelagatnya itu membuatkan rata-rata peminat meninggalkan pelbagai reaksi mereka yang terhibur dengan Alisa Aisyah sebelum tidur yang sempat singgah ke katil abangnya.
“Jauh Alisa merantau dari hujung katil ke hujung katil…”
“Pandainya eee”
“Hai si bijak ni, ade je akal baru dia. Geram…”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Uyaina Arshad buat tarian filem2 popular SRK bikin peminat puji comel
Si cilik popular Yusuf Iskandar & Alisa berbual tentang sekolah bikin ramai ‘cair’
Zulin Aziz di Instagram curi tumpuan ramai, dedah cara kurus- “Inspired sangat…”