Tidak dapat dinafikan berkerja di restoran adalah satu tugas yang memenatkan walaupun kerja yang perlu dilakukan nampak ringkas.
Jadi tidak hairanlah jika pekerja yang melayankan kita kadang kala kelihatan bad mood atau tidak bertenaga.
Seperti yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular dengan hampir 2 juta tontonan di TikTok ini, seorang pekerja wanita di restoran Subway dilihat sedang menyiapkan pesanan seorang pelanggan.
Pelanggan lelaki berkenaan merakam ketika pekerja wanita itu sedang menuangkan bahan perasa ke atas sandwich yang dipesannya dan terkejut apabila wanita itu tertidur.
@rxdelarosa Like fr… I js wanted a Sandwich bro 🤦🏾♂️😒
Dalam rakaman yang dikongsikan itu, pekerja wanita tersebut tiba-tiba berhenti menggoncangkan serbuk yang sedang dituangkan, sementara kepalanya perlahan-lahan jatuh ke atas meja.
Wanita itu akhirnya terbaring di atas sandwich yang sedang disediakan itu dan tidak bergerak, membuatkan ramai percaya dia tertidur.
Di samping geli hati melihat adegan tersebut, rata-ratanya simpati dengan pekerja itu yang kemungkinan besar terlalu penat membuat banyak kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Namun kerana wajah wanita itu tidak kelihatan, ramai juga yang cuba memberikan alasan-alasan lucu lain mengapa pekerja Subway berkenaan beraksi seperti itu.
“Mesti dia buat banyak kerja…”
“Perlukan rehat…”
“Dia tengah tambah bahan rahsia…”
“Periksa dengan dekat…”
“Roh dia keluar untuk ambik bahan lain…”
“Dia bisik sesuatu…”
Teruskan membaca kisah-kisah menarik di bawah.
Pemandu Uber Kejutkan Pekerja Restoran Segera Dengan Hadiah Kerana…
Gadis Menari Teruja Selepas Dapat Pekerjaan Buat Netizen Sama Gembira
Pertama Kali Makan Di Subway, Pesanan Gadis Ini Buat Ramai Bingung