Sebagai pemilik kenderaan, pasti anda pernah berhadapan dan menyaksikan pelbagai ragam pengguna jalan raya terutamanya ketika di musim-musim perayaan. Ada yang bertolak ansur dan ada juga yang mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Apa pun, kita sebagai pemilik kenderaan perlu memandu dalam keadaan berhemah supaya tidak berlaku sebarang perkara yang mengundang bahaya.
Biarpun begitu, lihat pula dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @anthraxxxx dimana ia memaparkan tentang keadaan lalu lintas di negara Jepun. Jika dilihat pada rakaman tersebut, video itu menunjukkan situasi lalu lintas di negara Jepun yang sangat baik dimana kebanyakkan kenderaan telah dipandu dengan berhemah.
Bertolak ansur pic.twitter.com/opgePyaxrB
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) January 10, 2021
Malah lebih mengejutkan apabila pemilik kenderaan di sana juga saling mengamalkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain ketika berada di persimpangan dan dijalan susur masuk supaya tidak berlaku sebarang kesesakan lalu lintas. Setelah melihat rakaman itu, rata-rata pengguna Twitter meluahkan rasa terharu mereka dengan sikap pemandu di sana selain daripada meninggalkan komen-komen yang berunsurkan pujian.
“Bertolak ansur”, kata pemilik akaun terbabit. Video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 239 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan setelah ia dimuat naik pada petang kelmarin.
“Kemaih gila…”
kemaih gila depa bagi jalan. jarak jauh jauh. ni kalau malaysia mesti mau cucuk cucuk kalau tak mmg tak dpt laa masuk lane hahahahah https://t.co/CRKM5r9odt
— A€AP SUN (@AcapHssn) January 11, 2021
“Macam cute cute…”
Macam cute cute pulak kerete diorg 😂 https://t.co/PzNooWsl7o
— リンダ (@adnilays) January 11, 2021
Selang seli dia kasi turn tak miss satu pun https://t.co/dX6avGr0ql
— 𝒛 (@izzatikhld) January 11, 2021
“Dekat Malaysia…”
Dekat Malaysia, siapa yang bagi signal je boleh bagi masuk 😂 https://t.co/JX46pvVqUD
— MrsF🌹 (@_whathefana) January 11, 2021
Sebenarnya kalau ikut buku memandu, kalau laluan bergabung pada kelajuan sederhana, memang kena bergilir macam ni.
Kalau ada papan tanda "Beri Laluan" dan jalan utama tu jalan laju, baru la kena cari peluang masuk laluan. https://t.co/eQk8YMmAaC
— אהמאד כהאירוך איזאת יוסוף (@akay6669) January 11, 2021
Kat Malaysia kalau dah bagi jalan sorang semua ambik kesempatan. Sabau ler sikit. Bagi satu satu lepas. https://t.co/U1xkJ4RAaK
— Liya (@liyaamin) January 11, 2021
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Wanita sering berzumba ketika mengandung, kesannya pula bikin terhibur!
Wanita beli facelift untuk runcingkan wajah, tapi ulasannya bikin terhibur
Cara lelaki ini hentikan anaknya menangis cuit hati warganet, “Bayinya…”