Tidak dinafikan bahawa kadang kala kucing juga bersikap cuai dan bertindak melakukan perkara di luar jangkaan. Tidak kurang juga ada yang memiliki sifat kelam kabut sehingga mendatangkan perkara berbahaya. Oleh itu, sebagai pemilik haiwan kita perlu berhati-hati dan menjaga keselamatan si bulus agar mereka selamat.
Perkara ini termasuklah dengan sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @anthraxxx apabila terdapat seekor kucing yang tersepit pada pintu automatik. Jika dilihat berdasarkan rakaman tersebut, haiwan itu sedang berada di pintu masuk pejabat.
Fortunately it got rescued pic.twitter.com/dIQ1cmZLcE
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) January 12, 2021
Namun lain pula yang jadi apabila kucing tompok itu dilihat berhenti betul-betul pada kawasan pintu automatik sehingga menyebabkan kepalanya tersepit. Ekoran daripada itu, haiwan terbabit kelihatan meronta kerana menahan kesakitan sehinggalah datang seorang lelaki yang menyelamatkannya.
Perkara yang lebih menjadi tumpuan apabila lelaki yang menyelamatkan kucing itu dilihat seakan-akan marah dengan tindakan binatang berkenaan. Secara tidak langsung, reaksi yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan telah membuatkan kebanyakkan warga netizen terhibur setelah melihatnya.
Ey aku laaa https://t.co/qeHQbQwIxV
— 파안 (@farhxnrosli) January 12, 2021
“Kan dah kena marah…”
Kan dah kene marahhh 😆 level mak mak asian sgt. https://t.co/liN4dBkrOj
— NuNiqa (@anqhszl) January 12, 2021
“Mentang-mentang ada 9 nyawa…”
Mentang² ada 9 nyawa. Pintu nk tutup baru kau hulur kepala. https://t.co/c4LomrZxih
— MooMoo 🇲🇾 (@MustakimNasir) January 12, 2021
“Masa pintu tu luas terbuka…”
Masa pintu tu luas terbuka tak nak pula dia jenguk😩 https://t.co/iKSYiABOp8
— Abdul Raof (@abdulraof628) January 12, 2021
Cari pasal kan dh dapat wakakakakakah https://t.co/XvETs9xYKc
— RadhiRahmat 🇲🇾 (@MOHAMADRADHI) January 12, 2021
“Kesian tapi lawak…”
kesiannn tpi lawakkkk hahahhahah https://t.co/3cBl5erxUs
— Fir💕 (@fieraadzyra) January 12, 2021
Bikin hal laa kau kucing https://t.co/sT03LiyeHS
— wolfofbursamalaysia (@warrenburdy) January 12, 2021
“Sakit jantung…”
Sakit jantung tengok 😥😥😥 https://t.co/8COylZUg6B
— Art Sue3 (@Art__Sue) January 12, 2021
Adui kau niii. https://t.co/hIZY9SO3DH
— واني رملي (@wnyrmli) January 12, 2021
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Gelagat anjing disakat bikin terhibur, “Saya tahu itu awak…”
Rakaman badak air berenang buat warganet gerun, “Ini sangat gila…”
Gadis mengadu sakit kepala, tapi reaksi emaknya pula bikin terhibur!