Tidak dapat disangkal lagi apabila terdapat sesetengah kucing yang memiliki kebijaksanaan tersendiri lebih-lebih lagi apabila ia telah dilatih sewaktu kecil oleh pemiliknya. Ada sesetengah kucing yang bijak masuk ke tandas untuk membuang air malah ada juga yang memahami setiap patah perkataan yang disebutkan oleh pemiliknya.
Tidak terkecuali dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @IBCIG dimana terdapat seekor kucing yang memahami setiap perkataan yang dimaksudkan oleh tuannya. Jika dilihat pada rakaman itu, binatang berwarna gelap itu ingin berjalan keluar dari rumah berkenaan.
Bestnya jadi perempuan, binatang pon tunduk & dengar cakap pic.twitter.com/nhwzgrJ8BA
— IBCIG (@IBCIG) January 13, 2021
Namun, keadaan bertukar lucu apabila ia dimarahi oleh pemiliknya. “Nak pergi mana tu? Masuk! Masukkk! Masuk rumah. Mommy cakap masuk rumah sekarang. Masuk”, kata gadis tersebut dengan nada tegas. Tanpa disangka-sangka, kucing berkenaan faham dengan arahan tersebut lalu berpatah balik memasuki rumah terbabit.
Ternyata, situasi itu telah membuatkan ramai warga netizen yang terhibur setelah melihat gelagat binatang berkenaan di samping terdapat juga segelintir warganet yang turut memuji kecomelannya di ruang komen akaun Twitter tersebut. Dengan berdurasi selama beberapa saat, video yang dimuat naik pada beberapa jam lalu itu mendapat tontonan sebanyak 42.8 views!
I aspire to be this powerful. https://t.co/M17tCabU5P
— liwfris (@nurliwanifaris) January 13, 2021
“Kucing memang pandai…”
Kucing memang pandai dgr cakap kalau kita selalu cakap dgn dia. Aku selalu cakap dgn kucing sampai kakak aku ingatkan aku cakap sorang2 😂 https://t.co/egl2Z6eh2y
— 🌬✨ (@MiszHaniPudzi) January 13, 2021
“Asyik nak merayap je…”
Padan muka ! Asyik nak merayap je https://t.co/Ts1u2oES7A
— 😷 (@xyxxshhh) January 13, 2021
Hahahahahaha https://t.co/aoxQS6uO2M
— Damia Norwin (@DamiaNorwin) January 13, 2021
“Bagus betul…”
HAHAHAHA bagus betul dengar kata https://t.co/T0giK8tf53
— a r i n a 🙍🏻♀️ (@arinawpqa) January 13, 2021
Wehhh mengekek! https://t.co/BK6NbTXvXO
— Farah Aina (@faraaina_) January 13, 2021
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Gelagat anak gajah turun dari bukit curi tumpuan, “Dia betul2 bergolek je…”
Reaksi kucing liar minta makanan cairkan hati warganet, “Comel siot…”
Rakaman lintas langsung ini cetus gelak tawa, “Tak terberak-berak…”