Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

Kanak-kanak 9 tahun tidak serik sayang kucing selepas diserang kucing liar

Nabilah by Nabilah
2 weeks ago
in Haiwan
Reading Time: 1min read
0
diserang kucing liar
653
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kanak-kanak yang dibesarkan dengan haiwan peliharaan dan dididik untuk melindungi binatang sejak kecil memang akan menjadi lebih prihatin dan penyayang.

Seorang kanak-kanak 9 tahun dari Nibong Tebal yang merupakan seorang pencinta kucing membuktikan perkara itu apabila dia tetap tidak serik untuk mendekati haiwan itu walaupun setelah diserang dengan teruk.

Dalam posting yang dikongsikan ibu kanak-kanak itu di Facebook, wajah kanak-kanak tersebut dilihat luka teruk akibat di cakar kucing liar.

Salute kat adik Adam Harith 9 tahun,walaupun diserang kucing liar sampai sebegitu rupa,adik Adam Harith tetap tidak pernah serik untuk menyayangi haiwan tersebut. Kejadian berlaku di Kg Nanas Sg Kechil Nibong Tebal. pic.twitter.com/jErtE6N1rW

— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) January 12, 2021

Perkara itu dikatakan terjadi ketika adik Adam Harith sedang memberikan kucingnya makan di luar rumah, apabila seekor kucing liar menghampiri mereka.

Adik Adam yang memang pantang nampak kucing terus memeluk kucing liar itu dan cuba menciumnya, namun ternyata kucing itu tidak manja seperti kucing rumah.

Ibunya meluahkan rasa ingin pitam melihat keadaan anak lelakinya itu selepas diserang dan kanak-kanak itu terus dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut langsung tidak membuat adik Adam takut atau fobia dengan kucing, sebaliknya dia meminta bapanya agar tidak menghukum kucing liar tersebut.

Dia juga tidak berhenti dari terus memberi makan kepada kucing-kucing jalanan walaupun dalam keadaannya yang masih belum sembuh.

Kisah adik Adam yang tular meraih pujian orang ramai yang sangat kagum dan bangga dengan sikap matang dan penyayangnya itu.

Teruskan membaca kisah-kisah menarik di bawah.

Pekerja pusat hidupan liar nilai perwatakan kucing-kucing liar, “Aku relate dengan…”

Impian Remaja 13 Tahun Untuk ‘Dating’ Dengan Godzilla Ditunaikan

Orang Ramai Diminta Simpan Berus Maskara Untuk Bantu Hidupan Liar

SumberFacebook

Trending

Abby Abadi
Hiburan

Memey Suhaiza kongsi foto2, penampilan Abby Abadi curi tumpuan ramai

3 days ago
Video Tarian Remaja main
Hiburan

Video Tarian Remaja Ini Raih Perhatian Siti Nurhaliza, “Kreatif La”

3 days ago
Bapa Dapat Hadiah Sampul main
Kehidupan

Video Bapa Seronok Dapat Hadiah Dari Anak, “Tak Sedar Jatuh Air Mata”

5 days ago
jalan cerita iklan kasut
Umum

Gadis ini hasilkan iklan kasut dengan jalan cerita menarik curi tumpuan ramai

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network