Sejak akhir-akhir ini beberapa kawasan di enam negeri dilanda banjir kilat. Bukan sekadar banjir biasa malah ianya disertakan sekali dengan lumpur yang agak tebal. Lihat sahaja air banjirnya yang sangat keruh seakan ‘teh ais’ menerusi laporan berita dan yang dikongsikan di media sosial.
Kawasan yang air mula surut menyaksikan lumpur yang agak tebal meliputi permukaan bangunan dan rumah-rumah. Tidak boleh dielakkan, mahu atau pun tidak pemilik rumah perlu membersihkan rumah masing-masing dengan bantuan sukarelawan.
Namun begitu, berbeza pula dengan koleksi foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini. Difahamkan foto-foto ini adalah keadaan banjir di Thailand. Dipaparkan foto tersebut nampaknya air banjir di sana sangat jernih dan berwarna biru. Berikut adalah beberapa foto tersebut:
Ini pula adalah perkongsian penuh di Twitter oleh individu ini:
Lain macam rupa "banjir" di thailand. pic.twitter.com/iHAg8nNr2v
— S – س (@StillBreath90) January 13, 2021
Walaubagaimanapun, foto-foto keadaan banjir di Thailand ini sudah disunting menjadikan airnya kebiruan. Jika diteliti pasti boleh nampak beberapa perkara seperti jika air jernih, kenapa tidak nampak kaki di dalam air? Dan ada juga foto yang tidak disunting keseluruhannya.
Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:
“Obvious teruk edit”
“Macam laut dah aku tengok”
“Air jernih pun kaki boleh hilang huhu”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut: