Rabu, 13 Januari 2021 menjadi satu lagi tarikh bersejarah apabila beberapa negeri perlu menjalani PKP buat kali kedua untuk mengekang penularan virus Covid-19. Biarpun tahun lalu seluruh negara pernah menjalani PKP, namun kali ini beberapa negeri yang mencatatkan jumlah kes positif tertinggi sahaja perlu menjalaninya.
Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada Isnin lalu ini membuatkan ramai yang mula bersiap sedia menghadapinya. Namun begitu, lain pula cara lelaki ini apabila mendengarkan berita tersebut.
Menerusi video yang tular itu, lelaki ini hasilkan dan menyanyikan lagu PKP dengan menggunakan melodi lagu hari raya yang popular. Berikut adalah rakaman yang menjadi perhatian ramai sejak beberapa hari ini:
@azmannaim44mantra #andatanyasayajawab #kwsp #coverosak #fyp #shecosmeticsmy #pkp #pkp2021 #covid19 @eommahaida @sarinadolmat89 @ermatahir @nutrivx.hq
♬ original sound – Azman Naim 44 Mantra – Azman Naim 44 Mantra
Dengan melodi yang cukup biasa kita dengar bila tibanya hari raya, lirik yang dinyanyikan oleh lelaki ini kedengaran sesuai pula! Video lelaki ini hasil dan menyanyikan lagu PKP ini telah meraih lebih 462 ribu tontonan dan 41 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Asal dia nyanyi lagu ni rindu dekat raya weyh”
“Alamak…macam mane ni. Baju raya tak beli lagi. Duit raya belom tukar, langsir baru! Sofa baru!”
“Kreatif sungguh dia buat lirik…Tergelak sorang2”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut: