Pasangan sama cantik, sama padan iaitu pelakon dan penyanyi Ayda Jebat bersama suami, Nabil Mahir sejak kebelakangan ini nampaknya semakin menjadi perhatian peminat apabila pasangan pengantin baru tersebut membuatkan orang ramai tumpang gembira melihat mereka.
Apa tidaknya, penyanyi popular Ayda Jebat telah selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihan hatinya itu pada 1 Januari lalu dan kini sedang bahagia bergelar seorang isteri.
“You’re amazing. Thank you for everthing Wuvv. Love you husband! Let’s start a new life together. @Nabil Mahir”
Walau bagaimanapun, pasangan yang sporting ini membuatkan orang ramai ketawa lagi gara-gara gelagat mereka itu apabila Ayda Jebat menerusi ruangan media sosial peribadinya memuat naik satu rakaman video suami, Nabil Mahir.
Namun begitu yang lebih mengundang ketawa apabila Ayda Jebat merakam baju Nabil Mahir yang dilihat koyak dari belakang dan perkara itu mencetuskan gelak tawa buatnya juga.
“Inilah perbezaan baju tidur honeymoon perempuan vs baju tidur honeymoon lelaki. Perempuan bukan main semua beli baru! Lelaki? Hahaha.”
Menerusi ruangan komen posting yang dilakukan Ayda Jebat di Instagram peribadinya itu mengundang orang ramai terhibur disamping rupa-rupanya ramai yang dapat relate dengan situasi Ayda Jebat muat naik itu.
“Biasanya baju-baju macam tu la yang paling selesa”
“Rare sangat ni, selamat pengantin baru”
“Aduhhh aku serius terhibur”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Beli emas 70 Ribu bukan untuk diri sendiri, Siti Sarah dipuji warganet
Rahim tergolek di atas padang, kapsyen panjang Jep Sepahtu pula undang lucu
“Hahaha…”- Giliran Tuju pula tinggal komen bila lelaki viral ini cuba buat suara sepertinya