Sebagai pemilik lembu, mereka pasti tahu tentang keadaan dan gelagat haiwan belaan mereka yang kadang kala bersikap slumber ketika melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, kebanyakkan lembu akan bersikap suka hati untuk duduk dan bersantai di sesuatu tempat meskipun kawasan itu tidak sesuai untuk haiwan berkenaan.
Keadaan ini termasuklah dengan sebuah video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter yang bernama @anthraxxxx apabila ia memaparkan tentang dua lelaki yang cuba mengalihkan seekor lembu di tempat asalnya. Jika diperhatikan pada rakaman itu, kedua-dua lelaki tersebut sedang menarik dan melakukan beberapa kaedah lain untuk menarik perhatian haiwan berkenaan.
Kandang swap pic.twitter.com/tGJZj6j2wq
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) January 12, 2021
Namun, keadaan bertukar lucu apabila lembu terbabit telah menyondol kedua pemuda itu sebaik sahaja ia bangun dari pembaringannya. Situasi mengalihkan lembu itu jadi semakin lucu apabila kedua-dua mereka telah memasuki kandang lembu untuk menyelamatkan diri. Ternyata, keadaan terbabit telah mencetuskan gelak tawa individu yang merekod kejadian itu dan warga netizen yang melihatnya.
Video yang dirakam selama 1 minit lebih itu telah mencuri tumpuan ramai sehingga ia menerima sebanyak 4.2 ribu tontonan umum di laman Twitter berkenaan setelah dimuat naik pada beberapa jam yang lalu.
Ko lempang aku ea tadi, ko siap…
— Nurul Qistina Amani (@nrlqistinaamani) January 12, 2021
Hahahahahahahahahahaha https://t.co/20t2XomLRJ
— Wana Nordin (@wanastallion) January 12, 2021
“Mari lihat macam mana…”
let see how the table turn.. 🌝🌝 https://t.co/kGu8dVdUTK
— A-kun (@ghosttrrrr_____) January 12, 2021
“Padan muka…”
Padan muka manusia tersebut https://t.co/xrKm8GmbM9
— rodeo (@theamermahat) January 12, 2021
Wkwkwkwkwkwkwk https://t.co/J30x4W5rFf
— 𝒩𝒶𝑒𝓂𝓂Alcan🚶🏻♂️ (@N4emB) January 13, 2021
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Gelagat anak gajah turun dari bukit curi tumpuan, “Dia betul2 bergolek je…”
Reaksi kucing liar minta makanan cairkan hati warganet, “Comel siot…”
Rakaman lintas langsung ini cetus gelak tawa, “Tak terberak-berak…”