Lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli yang menjadi OST bagi drama Bidadari Salju ini baru sahaja diterbitkan muzik videonya. Baru beberapa hari, MV Mimpi masih kekal di tangga teratas trending nombor 1 di Youtube.
Namun begitu, baru-baru ini menjadi trend apabila warganet berkongsikan beberapa video montaj drama yang memaparkan beberapa kumpulan penyanyi Korea dengan lagu Mimpi ini. Semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter dengan nama akaun Madi berkongsikan satu video montaj drama yang telah disunting seperti berikut:

NOT DRAMA TV3 SLOT PUKUL 7 AKU NAK JERITTIITTTTITTIT £,),:):;£,£7:£;£;!(!; pic.twitter.com/gf4nZffl9B
— madi (@bitttterfuck) January 12, 2021
Perkongsiannya ini telah meraih lebih 4,900 retweets dan 8,100 likes. Malah di ruangan komen, ada pula yang berkongsikan video montaj drama disunting dengan artis Korea ini dengan pelbagai gaya. Berikut antaranya:
same energy 😀☝🏻 pic.twitter.com/0B0Z932zpi
— qaz (@fiiqahhhhhh) January 13, 2021
And this too! 😂 pic.twitter.com/udGZ8GD5Xj
— シャ (@NKhalisyah) January 13, 2021
apink version
— nangni °•° (@taeicee) January 13, 2021
Kreatif betul rakyat Malaysia ini ya! Ada pula montaj video yang nampak sesuai dengan lirik lagu Mimpi ini. Apa-apa pun warganet lain meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:
“Cerita apa niiii hahaha litt line upppp”
“Walaupun dah tengok banyak kali still rasa nak gelak gak hahaha”
“Kenapa kena sangat ahahaha OMGE”
Bayangkan kalau slot Akasia di TV3 betul-betul ada barisan pelakon dan drama macam ini? Agak-agak ramai tak yang mahu menontonnya?
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Dua Kanak-Kanak Nigeria Fasih Berbahasa Melayu, “Macam Alih Suara”