Dalam sebuah kes yang pelik, seorang wanita Kanada cuba mengelak sekatan Covid-19 untuk keluar pada waktu malam dengan membawa suaminya menggunakan tali tuntun anjing.
Dengan peningkatan kes dan kematian harian, Perdana Menteri Quebec Francois Legault melaksanakan perintah berkurung selepas jam 8 malam di seluruh bandar. Namun, pihak berkuasa tidak menjangkakan kemunculan seorang lelaki yang diikat dengan tali tuntun anjing di lehernya.

News from Quebec:
I just confirmed with Sherbrooke police that a husband and wife were fined for walking after curfew with the man on a leash. The officer told me her defense was she is allowed to walk a dog after curfew.
They were fined $1500 each.@CTVMontreal @CTVNews
— Kelly Greig (@KellyGreig) January 11, 2021
Polis tempatan mengatakan bahawa pasangan itu ditangkap berjalan pada pukul 9 malam menuju pusat bandar dan tidak memberi bekerjasama dengan para petugas.
Pasangan itu akhirnya didenda $1,500 (RM 6,066.75)Β setiap seorang kerana melanggar perintah sekatan. Ketika ditahan oleh polis, pasangan itu mengatakan mereka tidak kisah untuk diberikan tiket saman itu kerana mereka mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Ini kerana peraturan yang ditetapkan membenarkan orang awam untuk membawa anjing mereka berjalan selepas jam 8 malam, dengan syarat mereka tinggal dalam jarak satu kilometer dari rumah mereka.
Jadi menunding pada pasangannya, wanita itu memberitahu polis bahawa dia membawa anjingnya berjalan. Wanita itu juga mengatakan dia tidak akan membayar denda tersebut kerana dia tidak melanggar peraturan.
Berita luar biasa itu menarik perhatian netizen yang rata-ratanya geli hati dan memuji cara berfikir pasangan itu.
“Tak boleh salahkan dia…”
Canβt blame her πππ https://t.co/Tcgrghzh4o
— cannabis connoisseur (@daniellaxhj) January 12, 2021
This is fucking hilarious πππ https://t.co/ketaaafFxG
— The Mandalorian (@mando7899) January 13, 2021
COUPLE GOALS ππ©ππ» https://t.co/T8uhqqfTd6
— Tyler O'Brien (@Ty_OBri) January 11, 2021
Brilliant π https://t.co/O5tVEiPQmE
— Marquise de Belgrade (@MarquiseDeBelgr) January 12, 2021
“Patut dapat markah untuk kreativiti…”
I mean, they should get points for creativity here. https://t.co/0XYZAFg5oa
— Max Fawcett (@maxfawcett) January 12, 2021
Teruskan membaca kisah-kisah menarik di bawah.
Anjing jalanan tunjuk ‘skill’ di padang, diambil pemain bola sebagai peliharaan
Kanak-kanak menangis lihat anjingnya terima suntikan, “Dia lagi rasa sakit…”
Pekerja asing didenda lebih RM14,000 akibat langgar kuarantin selama 8 saat