Ular sawa adalah salah satu haiwan yang paling berbahaya dan berbisa menyebabkan ramai percaya bahawa tiada siapa yang dapat terselamat dari serangan ular itu.
Walau bagaimanapun mereka yang sering menonton dokumentari haiwan liar pasti tahu tentang satu haiwan yang lali terhadap bisa ular sawa.
Sebuah video yang telah mencuri perhatian ramai di Twitter baru-baru ini juga menunjukkan musuh ketat manusia itu berdepan dengan seekor cerpelai di tengah-tengah jalan.
Weh aku ingat ular tu menang????? pic.twitter.com/ePKO99wEzb
— Cringe Malaysian🇲🇾 (@cringemalaysian) January 15, 2021
Video yang telah meraih ribuan komen itu menunjukkan seekor ular sawa sedang bergelut dengan seekor cerpelai, sementara pengguna jalan raya yang tidak dapat meneruskan perjalanan mereka kerana terhalang oleh kedua-dua haiwan itu berhenti menyaksikan perlawan berkenaan.
Ular berkenaan dilihat mengangkat kepalanya seperti ingin mematuk sementara cerpelai berkenaan sedaya upaya cuba menangkap kepala ular berbisa itu.
Selepas seketika cerpelai tersebut melarikan diri ke dalam semak sementara ular itu juga mula beredar ke arah bertentangan.
Namun cerpelai itu keluar semula dari semak dan menyerang ular sawa tersebut dari belakang sebelum berjaya menggigit kepala haiwan itu dan melarikan ia ke dalam semak.
Adegan tersebut membuat ramai yang kagum dengan kebolehan cerpelai untuk mengalahkan ular.
“kalau ular lawan dengan jebon…”
Tu mak aku kata kalau ular lawan dengan jebon, mesti jebon yang menang. Don't play with jebons https://t.co/IAXrvJVi0J
— Google Spreadcheeks 📈 (@notnissa) January 18, 2021
“Kawan tu tak puas hati…”
Kawan tu tak puas hati datang balik hahaha https://t.co/7mzRkzsseG
— Rauf Ketapi (@tokohsiswa) January 18, 2021
“Kalau selalu tengok Nat Geo Wild…”
Aku tak ingat nama binatang ni apa
Tapi kalau selalu tengok Nat Geo Wild
Akan tau lah yg ular tu akan kalah
Sbb dia berhadapan dgn pemangsa dlm video ni https://t.co/NaRpDBri9h— Youtube : Simple Studio (@Izrayel_JunZaki) January 18, 2021
“mcm tengok perlawanan…”
Lawak pulak yang duk beratur ramai2 mcm tengok perlawanan tunggu mongoose lawan kasi jalan clear 😂 https://t.co/DFQ5OmQCmm
— pumpkinÍ›|temyracle•kamelia•feverglam• (@nuifana_) January 18, 2021
“nak bela la seko…”
aku nak bela la seko mongose ni https://t.co/7VOrRHVFWQ
— jar✨ (@hajarHIM) January 18, 2021
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah ini.
Ular cuba masuk rumah, aksi ganas anjing ini buat dia dikritik
Burung kakaktua panggil nama pemilik, selamatkan dari kebakaran rumah
Lelaki selamatkan tupai, Oyen pula datang terkam buat netizen sakit hati