Nampaknya drama terbaharu berjudul Melastik Ke Hatimu mendapat tempat di hati peminat drama tempatan apabila Janna Nick menerusi ruangan Instagram berkongsikan bahawa drama tersebut trending di Twitter.
“Thanks buat Cikaro trending No.1 untuk first episod! Gua sayang lu beb.” Tulis Janna Nick.
Memulakan tayangan pertamanya 21 Januari tetapi sudah berhasil mendapat sambutan baik penonton apabila drama terbaharu itu dilakonkan oleh Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Drama ini boleh disaksikan di Slot Lestary menerusi siaran TV3 yang mana ia menggantikan drama Hadiah Dari Tuhan.
Walau bagaimanapun, sebelum itu Janna Nick membuatkan orang ramai tertawa apabila dia yang pada mulanya dilihat merakam video untuk berkongsikan mengenai drama terbabit tetapi lain pula jadinya.
Ini kerana, pada saat akhir video Janna Nick dilihat menyakat rakan pelakonnya dalam drama Melastik Ke Hatimu iaitu Afifah Nasir dengan menolak kerusinya sehingga dikejar oleh pelakon terbabit.
“Sorry pipah…”
Melalui Instagram peribadinya itu, diruangan komen pula sikap lucu Janna Nick mengundang gelak ramai dan Afifah Nasir turut meninggalkan reaksinya selepas dia memuat naik video itu kepada umum.
“Hahaha Janna tengok muka kau last tu…”
“Hahahaha”
“Kelakarlah part yang dia kena langgar”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Konon rakam video Tiktok gelek, Bella Astillah kongsi reaksi Aliff- “Dia marah tu”
Alisa & Yusuf tolak air ‘tak sedap’ cara sopan terhadap Hanis Zalikha dipuji ramai
Padam semua foto tapi kecomelan Hannah Delisha ‘kecil’ kembali jadi bualan warganet