Sebuah video menarik yang dikongsikan di Twitter telah mencuri tumpuan ramai di Twitter apabila ramai yang tidak menyangka tujuan sebenar video tersebut kerana jalan cerita yang menarik.
Melalui video tersebut, seorang gadis dilihat sedang menyiram pokok bunga sambil menceritakan bagaimana dia mendapat tahu bahawa pokok mengeluarkan oksigen dan bercadang untuk menjual oksigen yang dikeluarkan pokok-pokoknya di internet.
Namun apabila dia ingin menyiram pokok kaktusnya yang diletakkan di luar, dia mendapati pokok tersebut telah dicuri ketika dia masuk ke rumah.
Gadis itu kemudian memulakan misi untuk mencari pencuri pokok kaktusnya, apabila dia menemui sepasang kasut yang ‘cool’ dipercayai milik suspek.
PhD in advertising 🙌🙌🙌 pic.twitter.com/I3wOYOU5kj
— membaca tweet (@shaupix) January 25, 2021
Selepas melakukan penyelidikan gadis itu mendapat petunjuk dari kedai mana kasut itu dibeli, dan membelek laman Instagram kedai kasut tersebut sehingga terleka.
Sebaik tersedar, gadis itu kembali memberi tumpuan untuk mencari pencuri pokoknya dan ternampak sebuah kamera CCTV di rumahnya.
Apabila memeriksa rakaman kamera berkenaan, dia mendapati seorang rakan lamanya yang mencuri pokoknya itu. Oleh kerana rakannya itu tidak berniat untuk memulangkan pokoknya, dia juga memutuskan untuk menyimpan kasut ‘cool’ rakannya itu.
Ternyata video itu sebenarnya adalah iklan untuk mempromosikan perniagaan kasut tersebut yang diselitkan dengan jalan cerita yang menarik membuat penonton terhibur.
“Macam ni lah buat pengiklanan…”
guys this is how you do advertising or paid review. https://t.co/uomEjiXXzM
— a (@aidarubyjane) January 25, 2021
WAHAI INLUENCER THIS IS HOW YOU DO THE PAID REVIEW. Bagi berbaloi la sikit. https://t.co/ATPUqFG09z
— AMIRUL (@WMAmierul) January 25, 2021
genius marketing 💯 https://t.co/SLLsSglFv4
— taki (@takiyagenjeyy) January 25, 2021
Man, the plot! Killin 😭 https://t.co/LKYoJQZNOR
— Erfan. (@aliferfan_) January 25, 2021
“Another level punya promote…”
Another level punya promote https://t.co/YQ5KbmcCfQ
— (●_● ) (@Mapsosaaaa) January 25, 2021
Teruskan mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.
Video kumpulan Kpop disunting dengan lagu iklan Adabi buat ramai kagum
Iklan Thailand dalam bahasa Melayu Patani kongsi cara mendisiplinkan anak raih pujian