Kucing adalah haiwan yang licik dan senyap membuatkan ramai yang tidak sedar apabila haiwan itu ada berhampiran. Mereka boleh memasuki ke dalam kediaman kita tanpa disedari sesiapa, seperti satu kes yang berlaku di Ukraine ini.
Sebuah syarikat bernama Star Shine Shipping berkongsikan posting yang menunjukkan seekor kucing ditemui di dalam lori kontena mereka.
Kucing itu bukan sahaja dipercayai bertahan selama tiga minggu di dalam lori tanpa makanan atau minuman, malah ia juga ditemui dalam keadaan yang baik.
Kucing tersebut terpaksa menempuh perjalanan sejauh kira-kira 3000 km dari Ukraine ke Israel yang mengambil masa 3 minggu. Satu-satunya bekalan makanan yang diperolehinya adalah gula-gula yang dibawa di dalam lori kontena tersebut.
Namun apa yang turut mengejutkan pekerja syarikat berkenaan adalah kucing itu tidak mempunyai bekalan air minuman sepanjang perjalanan dan didapati dalam keadaan yang sihat.
Bagaimana kucing tersebut berjaya bertahan lama tanpa makanan dan terutamanya air menjadi misteri, namun pekerja syarikat tersebut berpendapat mungkin kucing bertuah itu meminum titisan air yang dijumpainya di sekitar ruang kontena dan dengan memakan gula-gula.
Kamera CCTV mendapati bahawa kucing berkenaan menyelinap masuk ke dalam belakang lori ketika kotak sedang dimasukkan. Pekerja syarikat itu juga mengesahkan bahawa kucing itu masih sihat dan baik-baik sahaja.
Sementara itu jom jenguk artikel-artikel menarik di bawah.
Model dikecam kerana tatu kucing, “Kehidupan dia lebih baik dari…”
Kanak-kanak 9 tahun tidak serik sayang kucing selepas diserang kucing liar
Kucing ketagih catnip sampai tak dapat kawal diri buat ramai terhibur