Seperti diketahui pasangan selebriti, Nabil Mahir dan Ayda Jebat membuka tirai tahun 2021 dengan disatukan pada tarikh 1 Januari dalam majlis yang dapat dihadiri keluarga terdekat sehingga juga dia menjadi antara pasangan selebriti viral sekali gus mendapat perhatian warganet dimedia sosial.
Apabila orang ramai sangat suka melihat penampilan Ayda Jebat yang disolek oleh usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.
Walau bagaimanapun, disebabkan ramai keluarga dan peminatnya tidak dapat hadir bagi menyaksikan hari bahagia pasangan sama cantik, sama padan ini disatukan lalu menerusi ruangan Youtube Ayda Jebat dan Nabil, Wuvv Show dikongsikan video detik bahagia ikatan yang sah antara mereka.
“Assalamualaikum semua. Disebabkan ramai keluarga & peminat tak dapat hadir dan menyaksikan hari dimana Nabil Mahir & Ayda Jebat disatukan, disini kami kongsikan detik indah dan bahagia mula tercipta dengan ikatan yang sah.
“Doakan yang baik buat kami berdua, insyallah yang baik juga datang buat kalian.” Tulis diruangan Youtube.
Menerusi video berdurasi lebih lima minit yang memaparkan detik indah Ayda Jebat dan Nabil disatukan itu ternyata membuatkan peminat juga mengalir air mata melihat mereka dan mendoakan rumah tangga pasangan bahagia terbabit.
“Wah sebulan dah berlalu, tengok video air mata gembira kembali menitis…”
“3 kali ulang…”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Janna Nick sedih dan mohon maaf kepada semua, “Saya sedar akan kekhilafan saya…”
“Lelaki patut takut! Perempuan sekarang ni dah lain…”- Syafiqah Aina
‘Serang’ kereta Kancil, gelagat Lembu ini bikin ramai terhibur, “Suspek berjaya dikesan…”