Bagi sesetengah lelaki, pemakaian kain pelikat adalah perkara biasa bagi mereka. Kain dengan corak jalur mahu pun kotak-kotak dijadikan pakaian yang sangat selesa pada malam hari dan juga untuk bersolat. Konsepnya, jika perempuan ada kain batik, lelaki ada kain pelikat. Begitulah sinonimnya pakaian ini dengan masyarakat Melayu.
Namun sejauh manakah korang tahu bagaimana caranya untuk memakai kain pelikat dengan kemas? Adakah korang akan lipat dan ikat ikut suka hati sahaja mengikut citarasa sendiri dan janji ia tidak terlucut?
Baru-baru ini seorang pemuda tunjuk cara ikat kain pelikat dengan kemas menerusi laman Tiktok. Perkongsian pemuda ini yang nampaknya cukup beradab dan sopan telah mencuri perhatian ramai. Malah cara yang ditunjukkannya itu memang nampak mudah dan hasilnya cukup kemas.
Berikut adalah perkongsian video pemuda tunjuk cara ikat kain pelikat dengan kemas yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter:
31 tahun hidup, only today aku tahu macam ni cara ikat kain pelikat dengan kemas! 😠pic.twitter.com/SZn18qwxsi
— Majnun (@amer_aljeffrey) February 13, 2021
Nampak macam senang je kan? Perkongsian ini telah meraih lebih 778 ribu tontonan dan 26 ribu retweets serta 55 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai hal ini di ruangan komen seperti berikut:
“Gigih aku cube…Betul2 jadi ni..Takde main2 dah”
“Cantik gila dia lipat. Puas gila tengok. Hahaha”
“Bergantung pada jenis kain dan keadaan perut seseorang…Asal tak lucut kira ok la”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Harimau Bintang ‘Layan’ Bila Digaru Dan Dibelai, Nampak Macam Kucing!
Sekumpulan Lelaki Hasilkan Parodi Drama Korea, “Part Aumm Tu Rasa Nak Pukul Je”
Biodata Iman Suhana, Pelakon Watak Ruzita Dalam Takdir Yang Tertulis