Pelakon, Ben Amir selepas muncul dalam drama Sweet Dreams rasanya orang ramai masih mengingati bukan sahaja wajah dan penampilannya ketika itu menjadi tumpuan ramai.
Malah wajahnya yang berambut panjang juga dikatakan cukup seiras dengan pelakon popular, Lisa Surihani. Sehingga mereka juga ketika itu acap kali viral dan menjadi buah mulut warganet apabila ada yang menyangka Ben Amir dan Lisa Surihani benar kembar.
Nampaknya juga foto gabungan wajah pelakon-pelakon ini kembali mendapat perhatian apabila dikongsikan semula Ben Amir diruangan Instagram.
Namun begitu, lebih membuatkan warganet teruja juga apabila pelakon itu turut memuat naik foto istimewa bersama Lisa Surihani. Akhirnya mereka berjumpa!
Selepas acap kali dikatakan seperti kembar selebriti pelakon utama drama Sweet Dreams, Ben Amir itu berjumpa dengan Lisa Surihani.
Ben Amir bagaimanapun di posting berkongsikan hal itu bersertakan kapsyen dan beberapa keping foto.
Dalam pada itu, ternyata bukan sahaja pertemuan kedua-dua pelakon seperti kembar itu mengundang peminat teruja malah ramai rakan-rakan selebriti juga meninggalkan komen-komen mereka.
Sehingga posting dikongsikan bersama beberapa keping foto itu telah mendapat lebih 100,000 tanda suka bersama lebih 2 ribu komen orang ramai.
“Samaaa!”
“Hahaha omg yee”
“Sampai ke eyebag pun sama”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Gelagat Nad & Elvina buat ‘prank’ untuk Nazim Othman lain pula yang jadi
Gelagat ‘sweet’ Datuk K bila Tokti hamil raih perhatian ramai, “Selayaknya…”