Selamat bernikah pada 18.02.2021, pasangan pelakon Hannah Delisha dan Imam Shah mengundang orang ramai tumpang gembira melihat selebriti jelita itu diam-diam bersama jejaka pilihannya untuk mendirikan rumah tangga.
Ternyata Hannah Delisha dan Imam Shah juga telah lima tahun berkenalan dan akhirnya memilih untuk berkahwin yang difahamkan mereka berdua memilih tarikh istimewa perkenalan mereka itu.
Tidak disangka-sangka juga pelakon kelahiran Singapura itu yang tidak pernah diketahui menjalinkan hubungan cinta dengan Hannah Delisha ternyata membuatkan Imam Shah di ‘stalk’ peminat melalui Instagram (IG) miliknya.
Sehingga orang ramai juga mulai faham tarikh yang dipilih mereka, 18.02 membawa makna istimewa terhadap perkenalan mereka apabila fotonya pada tahun 2017 mencuri tumpuan warganet dengan pelbagai komen baru ditinggalkan.
Malah orang ramai juga baru mengetahui bahawa pasangan sama cantik, sama padan ini pernah bergandingan bersama dalam sebuah drama bersiri berjudul SAGA 2.0 terbitan Mediacorp Ealevision yang mana drama itu memaparkan seni pertahankan diri.
Dalam pada itu, ternyata juga orang ramai dapat mengetahui bahawa rupa-rupanya kedua-dua pelakon ini merupakan cat lovers apabila mereka berdua turut mempunyai kucing peliharaan cukup gebu.
Menjengah keruangan komen di beberapa posting lama Imam Shah di Instagram (IG) miliknya dimana telah dihujani dengan pelbagai reaksi peminat yang gigih ‘stalk’ suami kepada Hannah Delisha itu sejak kelmarin disamping mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Dear stalker… lelaki handsome itu setia…”
“Oh 2017-2021 hehe congrats”
“Handsome… sepadan with Hannah”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Nukilan puitis Fedtri Yahya dikaitkan warganet dengan Hannah Delisha & suami
Suami Hannah Delisha rupanya sepupu Nadiyah Shahab, “Contoh artis terbaik…”
Video Tiktok Abby Abadi & Marissa dihujani komen pujian, “Emak anak sama cantik”