Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

8 Alasan Putus Cinta Paling Tak Masuk Akal

jannah by jannah
1 week ago
in Lawak
Reading Time: 2min read
0
alasan putus
116
SHARES
528
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Apa alasan putus cinta yang paling tak masuk akal yang pernah anda dengar? Mesti ada macam-macam kan. Lain orang lain ragamnya, jadi dalam hidup ini mesti anda pernah sekali berjumpa dengan manusia yang agak pelik perangainya. Sampaikan nak minta putus pun, pelik-pelik alasan yang diberikan.

  • “Aura kamu terlalu suram.”
alasan putus cinta
Kredit

Kalau macam ini, macam mana agaknya nak dapatkan aura yang terang? Kalau betul dah tak suka, cakap saja lah. Tak perlu nak libatkan aura-aura ni.

  • “Kamu terlalu baik untuk aku.”

Logiknya ialah ada ke orang yang nak mempunyai pasangan yang tidak baik? Ini adalah alasan klise yang tidak masuk akal sama sekali. Sekiranya ini alasannya, anda tidak perlu berfikir panjang, cari yang lain.

  • “Kita terlalu berbeza.”

Namanya juga manusia, memang lah berbeza! Sedangkan pasangan kembar pun boleh ada perbezaan, apa lagi orang lain. Anda tidak akan pernah menemui seseorang yang mempunyai sifat dan perwatakan yang sama dengan anda.

  • Gurauan tak menjadi
putus cinta
Kredit

Niat awal nak bergurau tapi lain pula yang jadi. Ini namanya mengambil kesempatan sebab nampak sangat sudah lama menyimpan niat untuk putus.

  • “Perlu masa untuk bersendiri.”

Cuba fikirkan baik-baik. Masa dulu kamu nak berpasangan tiba-tiba sekarang boleh pula mahu bersendiri? Kalau macam tu, tak perlu susah-susah couple dengan sesiapa.

  • “Kita tak serasi.”

Tujuan utama berpasangan untuk menggabungkan dua individu dengan sikap dan pemikiran yang berbeza.  Kamu berdua sepatutnya saling menghargai pendapat dan ada perlunya mengalah. Supaya apa? Ya, pasti supaya kamu dan dia boleh mempunyai hubungan jangka panjang!

  • “Tak tahan bunyi makan.”

Bunyi masa makan juga boleh menjadi alasan putus paling tak masuk akal. Ada wanita yang berkongsikan bekas teman lelakinya memberikan alasan tidak dapat bertahan dengan bunyi mengunyahnya yang terlalu kuat semasa makan.

  • “Terlalu kuat bekerja.”

Mungkin ini alasan putus cinta yang paling menyakitkan hati. Dah tentu lah lelaki kuat bekerja untuk mencari rezeki. Kalau tidak, macam mana dia nak hantar rombongan meminang nanti kan? Kuat bekerja salah, malas bekerja lagi lah salah!

Sementara itu, anda boleh juga membaca kisah-kisah menarik di bawah:

Pemandu bas wanita dikatakan terlalu cantik untuk pekerjaannya

Babak sinetron ini jadi tumpuan, “Macam mana dulu kita boleh enjoy…”

Wanita berlakon lahirkan anak, tapi saiz bayinya pula jadi tumpuan

Sumberidn times jogja

Trending

Disambut Suara Merdu Jiran main
WOW

Pemuda Asyik Menyanyi Sendiri, Disambut Suara Merdu Jiran, “Suara Not Bad”

4 days ago
ditarik ke bawah katil
WTF

Bapa kongsi rakaman menakutkan anak ditarik ke bawah katil, “Telefon terpadam…”

5 days ago
si comel nangis
Haiwan

Reaksi si comel nangis selepas ditinggal pemilik undang sebak netizen

4 days ago
Kucing Oyen
Haiwan

Kucing melahirkan semua Oyen tapi seekor lain, “Kamu siapa, kamu siapa…”

4 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network