Rasanya ramai sudah mengetahui rancangan realiti terbaharu berjudul Famili Duo ini yang mana dapat disaksikan ramai pasangan peserta dikalangan selebriti dan ahli keluarga mereka yang mana rancangan terbabit dikendalikan oleh Uyaina Arshad.
Manakala barisan juri yang bertanggungjawab dalam mengadili pertandingan itu pula merupakan pelakon Didie Alias dan penyanyi, Mark Adam.
Umum diketahui bahawa rancangan ini disiarkan buat penonton di TV3 pada setiap Ahad jam 9 malam. Walau bagaimanapun, pada malam tadi pula warganet dapat menyaksikan gandingan pengacara dan pelakon, Shira bersama anak, Allisha Tahir.
Tetapi lain pula yang menariknya persembahan Shira bersama anaknya atas pentas Famili Duo apabila Shira yang dikenali sebagai seorang selebriti yang jarang membuatkan peminatnya kering gusi juga cukup terhibur.
Apabila Shira sempat menyelitkan gelagat lucu yang membuatkan warganet juga gelak besar menyaksikan disaat dia bersama anak perempuannya menyanyikan lagu popular daripada penyanyi, Ella.
Perkongsian di TV3 Malaysia itu bagaimanapun membuatkan warganet dapat meluahkan rasa terhibur masing-masing yang tidak dapat menahan ketawa dengan telatah penyampai radio terkenal itu di atas pentas.
“Macam mana anak dia tahan gelak”
“Shiraaa hahahaha. Ngok ngek betul”
“Persembahan paling win, sedap suara anak dia cuma dia tahan gelak… mak dia buat lawak”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Si comel merajuk lepas kena marah raih ribuan reaksi, “Laa jangan camni dik”
Lelaki didakwa tengah kecewa, biawak datang tak dipeduli curi tumpuan warganet
Hairul Azreen kongsi aktiviti mengemas jam 3pagi, “Bukan ada maid ke?”