Pencinta kucing pastinya tahu kucing suka minum air dalam cawan berbanding bekas minuman mereka sendiri. Tak kira lah cantik macam mana pun bekas minuman yang anda sediakan, pasti mereka akan minum air di tempat-tempat yang tidak dijangka seperti cawan, tandas, lopak air dan mana-mana lagi. Kalau anda nak tahu, inilah sebabnya.
- Air paip mungkin rasa tidak menyenangkan
Walaupun kita mungkin tidak menyedari macam mana rasa fluorida, ia mungkin boleh mengganggu kucing kita. Daripada beri air paip, cuba berikan air botol atau ditapis dan lihat adakah kucing anda lebih menyukainya.
- Air yang terlalu dekat dengan makanan boleh dianggap kotor

Biasanya bekas minuman mereka pasti akan disekalikan dengan makanan kan? Di alam liar, darah dan sisa-sisa mangsa mereka boleh mencemari air berdekatan, jadi mereka mungkin mencari air yang lebih selamat dari pembunuhan mereka. Cuba jauhkan mangkuk air dari piring makanan mereka.
- Suhu air
Air di dalam tandas atau dari paip mungkin lebih panas atau lebih sejuk daripada air di dalam mangkuk. Jika air di dalam bekas minuman terasa suam, cuba tambahkan ketulan ais ke dalam mangkuk air mereka.
- Cawan lebih selesa
Mereka mungkin rasa terganggu oleh misai mereka yang menyentuh sisi mangkuk. Sebilangan kucing yang cerewet mungkin lebih senang minum dari cawan kerana ia tidak akan membasahkan misai mereka.
- Air mengalir mungkin lebih sejuk

Ini mungkin mempengaruhi rasa dengan cara yang lebih menyenangkan untuk kucing anda. Cuba air pancut yang sentiasa dikendalikan yang direka khas untuk kucing.
- Mangkuk di sudut membuat mereka rasa terancam
Ini terutamanya berlaku di rumah dengan lebih dari satu kucing, di mana kucing anda berasa kucing-kucing lain di rumah boleh menyerang mereka ketika minum. Cuba pindahkan mangkuk ke lokasi lebih selamat dan bukannya di sudut.
- Mendengar air mengalir lebih jelas
Kucing mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam dan air di dalam mangkuk hampir tidak dapat dilihat. Bunyi paip yang menitis atau air pancut yang mengalir akan menarik perhatian mereka dari air di dalam mangkuk.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah menarik di bawah:
Lelaki tunjuk dua perbezaan kucing minum susu, “Dia nak test…”
Lelaki guna kaedah luar biasa untuk keluarkan mangkuk, “Pandainya!”