Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

6 Produk Pelik Yang Pernah Dikeluarkan Jenama Terkenal

jannah by jannah
2 days ago
in WOW
Reading Time: 2min read
0
produk pelik
80
SHARES
363
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Apa agaknya produk pelik yang pernah anda lihat selama ini? Mungkin ianya tidak sepelik produk-produk ini. Kebanyakan jenama terkenal yang kami senaraikan kali ini sememangnya mempunyai produk signature mereka yang tersendiri.

Tetapi kalau anda nak tahu, mereka juga pernah mengeluarkan produk lain yang sangat aneh daripada identiti utama mereka. Mungkin pada awalnya mereka mahu mencuba sesuatu yang baru tetapi tidak begitu mendapat penerimaan yang baik dari pelanggan.

  • Lilin KFC
produk pelik
Kredit

Siapa sangka anda boleh menyimpan bau KFC di rumah sepanjang masa? Jenama ini pernah mengeluarkan scented candle dengan bau-bauan produk mereka. Tetapi malangnya, ia hanya dijual di New Zealand sahaja untuk masa yang terhad. Mungkin juga tidak ramai yang mahu berasa lapar setiap masa apabila menghidu bau ini.

  • Minyak wangi Zippo

Zippo sebenarnya adalah jenama yang terkenal dengan produk pemetik api mereka. Tetapi berbeza dengan identiti asal, mereka kemudian mengeluarkan minyak wangi untuk wanita. Tidak kira macam mana wangi sekalipun bauan itu, mereka masih tidak dapat membuang rasa kurang senang pengguna. Lagi-lagi ianya direka dengan botol minyak wangi menyerupai pemetik api.

  • Produk makanan Colgate
produk
Kredit

Pada tahun 1982, Colgate adalah jenama yang paling terkenal dalam pasaran ubat gigi. Secara semulajadinya, mereka mula mengalihkan perhatian mereka kepada perkara yang membuat gigi kotor iaitu makanan. Nampaknya ia menjadi kegagalan terbesar buat Colgate kerana ramai yang takut untuk mencubanya. Mungkin juga ramai yang takut terbayang-bayang rasa ubat gigi semasa memakannya.

  • Ubat gigi Pond’s

Mengikuti jejak langkah Colgate, jenama produk penjagaan kulit ini mula mengeluarkan produk ubat gigi mereka. Tetapi tidak ada yang berminat untuk membelinya kerana produk penjagaan kulit Pond’s dikaitkan dengan wangian. Jadi ini menimbulkan kekeliruan dengan pemikiran pengguna dan akhirnya menjadikan produk baru itu percubaan yang tidak berjaya.

  • Krim pelindung matahari KFC
kfc
Kredit

Pada tahun 2016, KFC telah menceburkan diri dalam produk penjagaan kulit dengan mengeluarkan Kentucky Fried Chicken SPF 30 Sunscreen. Anda bukan saja dapat melindungi kulit dari sinaran matahari malah mendapat bau haruman ayam goreng KFC sekali.

  • Kereta Levi’s

Syarikat kereta AMC pada tahun 1970-an telah memperkenalkan barisan kereta baru dan memutuskan untuk bekerjasama dengan jenama Levi’s Gremlin. Bukan hanya warna biru yang sama dengan jeans ikonik Levi’s, tempat duduk kereta dilapisi dengan denim. Walaupun nampak cantik, ia tidak menjanjikan keselesaan pengguna.

Sementara itu, anda juga boleh baca kisah-kisah lain di bawah:

Jenama Pakaian Keluarkan Koleksi Pakaian ‘Kerja Dari Rumah’ Tanpa Seluar

Iklan Bag Berjenama Ini Cukup ‘Elegan’, Tapi Produknya…

Artis Reka Bungkusan Makanan Menggunakan Jenama Mewah

Sumberawkwarduprinting

Trending

Marissa
Hiburan

Cubaan Marissa rakam diam2 Norman Hakim sahut cabaran ‘1Bas,2Bas’ cuit hati ramai

2 days ago
Tinggalkan Pesanan Pada Kucing main
Haiwan

Lelaki Tinggalkan Pesanan Pada Kucing, “Yes Part Jangan Main Tisu Tu”

2 days ago
Bujibu & Alisa
Haiwan

Bujibu ‘meriak’ dengan Alisa undang komen lucu ramai, “Boleh masuk group Riak Apa Harini”

2 days ago
Tengah live dengar kentut main
Lawak

Cikgu Matematik Sedang Live Dengar Kentut, Jenuh Tahan Ketawa!

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network