Sir Fathi adalah salah seorang nama yang cukup popular gara-gara cara guru ini mengajar matematik tambahan yang mampu menarik minat pelajar. Setiap kali videonya muncul di sosial media, bukan sahaja pelajar malah yang tidak menduduki peperiksaan juga tertarik dengan teknik cara Sir Fathi menerangkan sesuatu topik.
Biarpun begitu, baru-baru ini satu video Cikgu Matematik ini bersama rakannya yang sedang live telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman live yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter itu kelihatan Sir Fathi bersama rakannya dengan muka agak serius.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah tiba-tiba mereka berhenti bercakap dan menunjukkan muka menahan ketawa. Rupa-rupanya mereka berdua terdengar bunyi orang terkentut! “Janganlah bagi aku kerja camni, susah”, ujar rakan Sir Fathi sambil menahan ketawa.
Berikut adalah video Cikgu Matematik sedang live dengar kentut yang dikongsikan semula di Twitter ini:
Nah sambungan 🤣🤣🤣
“Ini kisah serious, budak nak spm. Kawal lah bontot!” pic.twitter.com/wN0SkAPzXn
— Chuai (@SyuRadzali) February 21, 2021
Adoi memang riuh jadinya ketika siaran langsung ini! Apa-apa pun perkongsian rakaman sedang live dengar kentut ini telah meraih lebih 280 ribu tontonan dan 10 ribu retweets serta 15 ribu likes. Rata-rata warganet turut terhibur dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:
“Ye la…bila tengok balik, macam kena dengan tindakbalas tubuh. Sori Sir Fathi”
“Menangis aku gelak…rosak emosi kejap..hahaha”
“Cekang urat woo tahan ketawa tersembul habisss”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Budak Lelaki Selamba Mengaku Rumah Pak Mertua, “Hahaha Terbaik Ko Dik”
Budak Selamba Tanya Ibu Suruh Bapa Kahwin Lagi, “Dik Jangan Cari Pasal…”
Lelaki Pujuk Anak Arnab Keluar Dari Tempat Tinggalnya, “Comel Sangat!”