Pada zaman kini, memelihara binatang peliharaan bukanlah sesuatu yang asing kerana rata-rata kita lebih suka memiliki haiwan sebagai peneman hidup.
Ada yang suka memelihara haiwan-haiwan comel seperti kucing, arnab dan hamster manakala ada juga yang suka menjaga haiwan eksotik seperti ular, burung hantu dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, lihat pula dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @anthraxxx apabila terdapat seorang gadis yang cuba meniru sebuah challenge kepada kucingnya.
Jika diperhatikan, pada awal rakaman itu ia menunjukkan seorang lelaki yang cuba melepaskan kucingnya di atas meja dengan jarak yang selamat untuk tujuan melihat reaksi kucing dan tindakan fleks haiwan itu.
Not every cat is the same pic.twitter.com/iUixMJdIvB
— penanam anggur (@anthraxxxx) February 19, 2021
Oleh disebabkan itu, gadis berkenaan juga mahu lakukan perkara yang sama atas tujuan serupa. Gadis yang berbaju blazzer itu dilihat telah melepaskan kucing gebunya di atas sebuah katil namun lain pula yang jadi apabila reaksi kucing itu tidak sama seperti yang dijangka.
Apa yang berlaku ialah kucing gebu itu dilihat terpinga-pinga dengan tindakan secara mengejut oleh tuannya itu. Setelah melihat situasi itu, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat dan ekpresi muka kucing berkenaan di samping ada yang turut memuji kecomelan wajahnya di ruangan komen akaun Twitter terbabit.
Video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 52.5 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter tersebut.
“Pehal…”
Cat: pehalll??
😂😂 https://t.co/L9UaPK7pJT— Nur Azarina 🔔 (@azarinajamhari) February 21, 2021
SO CUTE DIA BUAT MUKA CONFUSE https://t.co/Ze6NiNh3Nx
— sza (@ayeitsnas) February 21, 2021
“Muka kucing tu…”
Hahaha muka kucing tu "pehal ko ni"? https://t.co/Bvufn3xt8n
— echaaa💐 (@aisyaarosli) February 22, 2021
HAHAHAHAHHA i actually laughed at this https://t.co/5jho80A2Ps
— Rumman (@rummansal) February 21, 2021
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Cara dua makcik ini beri tips bila terkena minyak panas tular, siap menari!
Bapa hiburkan anak dengan lakukan ‘effect’ di kaca TV, “Aku nak try…”