Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

Gambar Viral Tiga Orang Tapi Ada Empat Botol? Ini Rupanya Punca Sebenar

jannah by jannah
2 days ago
in Lawak, Media Sosial
Reading Time: 1min read
0
gambar ilusi
1.6k
SHARES
7.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda melihat gambar di atas, berapa ramai yang anda nampak? Gambar Patrick Delvernois dan rakan-rakannya yang meraikan selesai mendaki Appalachian Trail sejauh 2540km viral di Twitter. Foto itu menjadi viral apabila ramai menyedari bahawa terdapat hanya tiga lengan dalam foto tetapi empat botol minuman.

Otak saya enggan mempercayai terdapat 4 orang dalam foto ini.

optical illusion
Kredit

Gambar viral tersebut mendapat lebih dari 42,000 retweet dan 225,000 likes dari pengguna Twitter yang sama-sama bingung melihatnya. Yang sebenarnya, jika dilihat dengan lebih teliti anda akan mendapati terdapat empat lengan di dalam gambar tersebut.

Tetapi salah seorang rakan Delvernois mengenakan jaket bercorak camouflage yang begitu berkesan sehingga ia dapat menyamar dengan baik sekali. Ramai yang mengatakan ini kali pertama mereka menyaksikan keberkesanan corak camouflage untuk menyamar di dalam hutan.

Sejujurnya ini pertama kali saya melihat cetakan camouflage benar-benar menjalankan tugasnya.

tangan
Kredit

Ini adalah pertama kali saya melihat penyamaran dipakai dengan berkesan di internet dan saya sangat kagum melihatnya, kata yang lain.

Selepas perkongsian itu menjadi viral, Delvernois memberitahu bahawa dia hanya menyedarinya apabila rakan-rakannya menghantar tangkapan skrin perkongsian yang viral itu. Semasa mengambil gambar itu juga, dia dan rakan-rakan yang lain langsung tidak perasan dengan kesan ilusi itu.

Memang sekali pandang nampak macam ada tiga orang saja kan? Nampaknya berkesan juga kalau pakai baju corak camouflage ni di hutan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain di bawah:

Video Telatah Tiga Lelaki Ini Raih Perhatian, “Hahahha Terbaik Gila”

Kanak-kanak baling botol ketika cef sedang memasak, reaksinya buat geram

Oyen dengar kata viral tapi rumah tuan meletop bikin warganet ‘jatuh cinta’

Sumberdaily star

Trending

Marissa
Hiburan

Cubaan Marissa rakam diam2 Norman Hakim sahut cabaran ‘1Bas,2Bas’ cuit hati ramai

3 days ago
Tinggalkan Pesanan Pada Kucing main
Haiwan

Lelaki Tinggalkan Pesanan Pada Kucing, “Yes Part Jangan Main Tisu Tu”

2 days ago
Bujibu & Alisa
Haiwan

Bujibu ‘meriak’ dengan Alisa undang komen lucu ramai, “Boleh masuk group Riak Apa Harini”

3 days ago
Tengah live dengar kentut main
Lawak

Cikgu Matematik Sedang Live Dengar Kentut, Jenuh Tahan Ketawa!

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network