Tidak dapat disangkal lagi apabila kebanyakkan orang Barat mempunyai minat yang berbeza daripada orang Asia. Sebagai contoh, kebanyakkan daripada mereka lebih cenderung untuk memelihara binatang peliharaan yang unik dan eksotik kerana sukakan kelainan. Situasi ini termasuklah dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @Majj_manuel.
my sister adopted an African bull toad and it leaps on the record player every night after dinner to feel its vibrations 🥺🥺 pic.twitter.com/TAwGDv5qzL
— 🌹 (@Majj_manuel) February 20, 2021
Menerusi pemilik akaun itu, kakaknya telah difahamkan memelihara seekor katak sebagai peneman hidup. Namun, perkara yang lebih menjadi tumpuan apabila katak tersebut duduk berpusing di atas pemain rekod miliknya. “Kakak saya bela katak Afrika dan ia akan duduk di atas pemain rekod pada setiap malam selepas makan untuk rasakan getaran”, kata pemilik akaun berkenaan.
Rupa-rupanya, katak itu sudah terbiasa dengan rutin terbabit pada setiap malam. Ternyata, situasi itu telah menjadi tanda tanya dalam kalangan warga netizen di samping ada yang turut teruja melihat perangai unik katak terbabit. “Kodok Zuma in real life”, kata salah seorang warganet.
Rakaman yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 90.6 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter terbabit.
makna hidup di dunia: https://t.co/Cuy4LOadrC
— alvirl (@alv_irl) February 22, 2021
Pusing pala pala https://t.co/ZUymnfHy1X
— 𝙏𝙖𝙪𝙛𝙞𝙠 𝙃𝙚𝙧𝙢𝙖𝙬𝙖𝙣 (@taufikherma) February 22, 2021
“Saya perlukan satu”.
I need one🐸 https://t.co/GlE5zk8qXC
— 𝚂𝚊𝚒𝚢𝚊 🕯 (@pixieishhh) February 22, 2021
“Saya ingat diorang letak…”
I thought they put her in the microwave and kind of freaked out https://t.co/mazYQswjME
— Slightly Catty (@Slightly_catty) February 23, 2021
Kinda how I felt at work today https://t.co/1qai9EvqFi
— Emmanuel Darzins (@edarzins53) February 23, 2021
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Cara dua makcik ini beri tips bila terkena minyak panas tular, siap menari!
Bapa hiburkan anak dengan lakukan ‘effect’ di kaca TV, “Aku nak try…”