Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

Lupa tengok langit ketika bawa arnab keluar, helang datang cuba sambar

Nabilah by Nabilah
2 days ago
in Haiwan
Reading Time: 1min read
0
sambar helang
61
SHARES
276
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Arnab bukan sahaja menjadi sumber makanan bagi manusia, tetapi juga banyak haiwan-haiwan lain. Ini kerana arnab adalah mangsa semula jadi bagi banyak haiwan pemangsa yang terdapat di Amerika, seperti helang.

Jadi apabila pemilik arnab membawa haiwan peliharaan mereka keluar, benda paling penting untuk dilakukan adalah memastikan tiada haiwan pemangsa yang menghendap arnab mereka kerana arnab bukanlah sejenis haiwan yang boleh mempertahankan diri sendiri seperti kucing.

Malah stres dan rasa terkejut kerana diganggu oleh haiwan-haiwan seperti anjing dan rakun juga cukup untuk membahayakan nyawa seekor arnab.

Seorang lelaki dari AS ini walau bagaimanapun terlupa untuk melakukan demikian ketika membawa arnabnya berjalan-jalan di luar.

this video took so many turns pic.twitter.com/T0bbBWl5cE

— all the caucasians to the back (@HoodClarkKent) February 20, 2021

Dalam video TikTok yang tular di Twitter, lelaki berkenaan dilihat merakam arnabnya bernama Twinkie yang sedang meneroka kawasan bersalji.

Oleh kerana sibuk merakam haiwan tersebut, dia terlupa untuk memerhatikan kawasan sekeliling dan melihat di langit seperti biasa yang dilakukannya apabila membawa arnabnya keluar.

Akibatnya, seekor helang muncul dari atas dan cuba menyambar arnab lelaki berkenaan membuatkan dia terkejut dan panik.

Walau bagaimanapun cubaan helang itu tidak berjaya, dan arnab berkenaan masih berpeluang melihat hari esok.

Lelaki itu juga menjelaskan bahawa helang itu tidak berjaya untuk menyambar Twinkie kerana dia memberi arnabnya makan banyak sehingga ia menjadi terlalu besar untuk ditangkap helang.

Ikuti juga kisah-kisah berkaitan di bawah.

‘Perompak Bertopeng’ Pecah Masuk Ke Dalam Bank, “At Least Dia Pakai Mask”

Sikap Tenang Wanita Berdepan Dengan Beruang Curi Perhatian, Siap Sempat Selfie

Helang cuba terkam anak tapi ibu ayam tidak beri peluang, “Terkedu teruk…”

SumberTwitter

Trending

Marissa
Hiburan

Cubaan Marissa rakam diam2 Norman Hakim sahut cabaran ‘1Bas,2Bas’ cuit hati ramai

3 days ago
Tinggalkan Pesanan Pada Kucing main
Haiwan

Lelaki Tinggalkan Pesanan Pada Kucing, “Yes Part Jangan Main Tisu Tu”

2 days ago
Bujibu & Alisa
Haiwan

Bujibu ‘meriak’ dengan Alisa undang komen lucu ramai, “Boleh masuk group Riak Apa Harini”

3 days ago
Tengah live dengar kentut main
Lawak

Cikgu Matematik Sedang Live Dengar Kentut, Jenuh Tahan Ketawa!

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network