Teknologi mengimbas QR kod di telefon pintar semakin mendapat perhatian ramai terutamanya sejak penularan wabak Covid-19.
Manakan tidak, setiap orang telah disarankan untuk mengguna pengimbas di aplikasi Mysejahtera sebagai salah satu langkah untuk mengesan penyakit Covid-19 tersebut.
Dengan kewujudan teknologi seperti itu, ia juga memudahkan pihak yang bertanggungjawab untuk mengesan pesakit Covid-19.
Biarpun begitu, berbeza pula dengan sebuah posting ini yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @LiyanaTorres apabila aplikasi MySejahtera miliknya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Apa yang berlaku ialah namanya yang merupakan Syarifah bertukar kepada Starfish apabila telefon bimbitnya ditetapkan dengan kemudahan auto-correct.
The reason why i cant us Mysejahtera. You see, my last phone problem sikit so when i type dia jadi cam autocorrect and tak perasan when i save it jadi Starfish instead of Syarifah. Binti jadi binot🙃
Nak change name dah takleh sebab dah verified dengan ic. tk pasal2 jdi Patrick pic.twitter.com/GB4GgVyJo8
— Closeted Starfish 🌟🐟 (@LiyanaTorres) February 21, 2021
Kesannya, nama sebenar gadis itu tidak dapat diubah melalui aplikasi berkenaan kerana sudah didaftarkan dengan nama ‘Starfish Liyana Binot Sayd Ishak’.
Difahamkan juga, gadis tersebut tidak menyedari kejadian itu sehinggalah ketika dia ingin menggunakan aplikasi MySejahtera berkenaan. “Nak change name dah takleh sebab dah verified dengan ic. tk pasal-pasal jadi Patrick”, katanya dengan nada lucu.
Ternyata, situasi tersebut telah mencetuskan gelak tawa daripada warga netizen yang rata-ratanya terhibur dengan ‘nama gelaran’ gadis terbabit sehingga ia telah meraih perhatian ramai dengan menerima sebanyak 3.9 ribu tanda suka menerusi laman akaun Twitter berkenaan.
“Ingatkan nama orang Sarawak…”
Ingatkan nama orang Sarawak or Sabah🤣🤣🤣 tapi comel gila nama jadi starfish😆 https://t.co/3jjdEHYhQ1
— Aliff Zaffry (@AliffZaffry) February 23, 2021
Hahaha terhiburrrrrrrrrrrr 😂😂😂 https://t.co/ZZ9y4abXL2
— Fz (@zhaflynn) February 23, 2021
“Sorry saya gelak tak ingat dunia…”
Ya allah sorry saya gelak tidak ingat dunia. Starfish😭 https://t.co/hXZMu2Y9qu
— kristtps⛅️💛 (@Prinaaaaaaaa) February 23, 2021
Weh starfish 🤣 https://t.co/JlykreMSAN
— 𝗣𝗿𝗶𝗻𝗰𝗲𝘀𝘀 👑 (@aidaAidan) February 23, 2021
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Cara dua makcik ini beri tips bila terkena minyak panas tular, siap menari!
Bapa hiburkan anak dengan lakukan ‘effect’ di kaca TV, “Aku nak try…”