Mungkin ada diantara korang yang membesar di kampung atau sekurang-kurangnya pernah menghabiskan masa cuti sekolah di kampung bersama adik-beradik dan sepupu yang lain. Pada waktu dulu-dulu, kanak-kanak boleh dikatakan bebas keluar bermain di luar bersama teman-teman.
Malah yang membesar sebelum tahun 2000 pasti memiliki banyak kenangan dan memori bersama rakan-rakan. Biarpun begitu baru-baru ini satu video sekumpulan pemuda main salur air di kampung telah mencuri perhatian ramai. Rakaman asal yang dipetik dari Tiktok ini kemudiannya dikongsikan semula menerusi laman Instagram Sinar_my.
Dalam rakaman ini kelihatan beberapa pemuda sedang berseronok bermandi-manda dalam satu saluran air. Terlihat seperti dalam kebun pokok kelapa di sebelah rumah. Dari gaya terlentang, kemudiannya meniarap dan akhir sekali terjunan di dalam hujung saluran air, memang nampak seronok betul!
Berikut adalah perkongsian sekumpulan pemuda main salur air di kampung yang dimuat naik ini:
Ini kalau main masa musim panas memang lain macam feeling dia. Apa-apa pun perkongsian ini telah meraih lebih 81 ribu tontonan dan 6,700 likes. Rata-rata warganet ada yang mengimbau memori zaman kanak-kanak dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Masa kecik dulu macam i lah. Berkubang je kejenya”
“Wow, Sunway Lagoon versi kampung. Tak yah susah payah berhabis duit nak pergi Sunway Lagoon belakang rumah pon jadi free je”
“Pernah main air kat parit ni airnya bersih zaman kanak2 dahulu”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Budak Lelaki Selamba Mengaku Rumah Pak Mertua, “Hahaha Terbaik Ko Dik”
Budak Selamba Tanya Ibu Suruh Bapa Kahwin Lagi, “Dik Jangan Cari Pasal…”
Lelaki Pujuk Anak Arnab Keluar Dari Tempat Tinggalnya, “Comel Sangat!”