Penyanyi popular berusia 36 tahun ini mesra disapa dengan panggilan Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias. Untuk pengetahuan ramai, Nana juga mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Nakhaie Mohd Faizal berusia 12 tahun.
Walau bagaimanapun, nampaknya perkongsian Nana terbaharu diruangan Instagram peribadinya ini pula mengundang rasa teruja peminat Nana apabila dapat melihat perkembangan anak tunggalnya itu di media sosial.
Apa yang lebih menarik perhatian mereka juga, anak Nana kini sudah semakin membesar sehingga mempunyai ketinggian yang sama seperti ibunya ini lalu membuatkan video dimuat naik Nana ditonton ribuan kali oleh peminat.
Rasanya ramai mengetahui bahawa Nana merupakan salah seorang penyanyi legend yang memiliki ramai peminat sejak beberapa tahun lalu dan kini dia juga masih menjadi antara penyanyi kegemaran ramai kerana suaranya tidak dinafikan tidak jemu didengar.
Posting video terbabit turut mendapat pelbagai reaksi warganet sehingga ratusan komen ditinggalkan peminat.
“Kami pun tak leh move on tengok mama & Rayyan ni…”
“Kasih seorang ibu yang selalu fikir anak masih kecil. Memang susah nak letgo and move on…”
Kecomelan Rayyan yang kini sudah semakin membesar apabila mempunyai ketinggian sama seperti Nana mengundang warganet juga melihat mereka seperti adik-beradik pula.
“Aww dah besharnya Ayyan. Macam adik beradik je”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Misha Omar menyamar jadi Mira, reaksi Jep bikin peminat Sinar dalam kereta berdekah
Si putih selamba merayap jauh, sekali dipanggil tuan terus lari masuk rumah
Ysuku ‘disondol’ isteri sendiri terima komen lucu ramai, “Awak salah… parking moto kat situ”