Jika sudah mendirikan rumahtangga dan memiliki cahaya mata, pastinya korang tahu dan faham perasaan bagi mereka yang bergelar ibu dan bapa. Telatah kanak-kanak kadang mampu menghiburkan hati setelah penat bekerja sepanjang hari.
Namun lain pula halnya jika ada anak-anak yang banyak dan panjang ‘akal’. Ada masanya apa yang dilakukan anak-anak sebegini mampu menguji kesabaran juga. Tak kurang juga yang membuatkan hati terhibur dan tertawa dengan keletah anak-anak kecil ini.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna Tiktok telah berkongsikan satu rakaman telatah anaknya yang bermain dengan balm. Menerusi rakaman itu, si ibu ‘speechless’ tengok anak selamba lumur balm atas kepala. Memang win betul adik ini! Korang saksikanlah sendiri lagak anak kecil ini dalam rakaman berikut:
@ibuza93 ibu x tau nak marah ke nak pukul… x pedih ke Amin??😂😂 #lawak #anak #fypシ #fypシ゚viral #tiktok #memories
Bukan sikit-sikit tau dia lumur atas kepala, nampak macam banyak je tu! Mesti adik ini rasa sejuk je atas kepala dia kan? Sampai tak terkatalah si ibu budak ini. Apa-apa pun perkongsian budak lumur balm atas kepala tersebut telah meraih lebih 3,000 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:
“Dia pening sangat tu sebab tu sapu banyak2”
“Kebal kau dik”
“Dia ingat tu pomade ke. Alahai comel je perangaiii”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Siti Aafiyah Buat Aksi Comel Curi Perhatian, “Ehh Geram Ye Perangai Ngadanyee”
Lelaki Tinggalkan Pesanan Pada Kucing, “Yes Part Jangan Main Tisu Tu”
Anak Singa Dan Anak Harimau ‘Bergaduh’, “Wah, Pergaduhan Ini Sangat Ganas!”