Hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2021, pastinya anak-anak teruja untuk belajar dan bertemu rakan-rakan. Tahun lalu hanya sempat beberapa bulan sahaja belajar di sekolah sebelum ditutup akibat Covid-19. Bagi murid darjah 1 mungkin ada pelbagai karenah, ada yang teruja dan tak kurang juga terlalu gementar kerana perlu melalui suasana baharu.
Sama seperti yang berlaku pada seorang murid darjah 1 yang videonya tular hari ini. Menerusi perkongsian di media sosial, kelihatan seorang murid sedang berlari di jalan raya. Kedengaran suara seorang lelaki yang agak semput kerana mengejar budak darjah 1 lari dari sekolah ini.
Berikut adalah rakaman yang dikongsikan semula oleh akaun Twitter @shahfahzan baru-baru ini:
Hahahaha anak siapa lari 1st day skolah ni pic.twitter.com/3zIRx8TN4Q
— CPJ (@shahfahzan) March 1, 2021
Pergh, laju betul budak ini berlari! Insiden ini berakhir selepas seorang wanita menunggang motosikal dan berjaya memintas dan mengambil murid sekolah tersebut. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sebab mengapa budak ini lari dari sekolah.
Perkongsian video gelagat budak ini telah meraih perhatian ramai. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Hahaha..Tak pasal pakcik marathon pepagi”
“Sempot acik yang berlari…Sempot jugak acik yang menengok..Tercuap2 ambik napas. Adoi la adik oi”
“Bakal atlet Malaysia terbaik kau dik”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Sofyank Buat Video Jadi Kakashi, “Animator Jepun Menangis Melihat Ini”
Pemuda Asyik Menyanyi Sendiri, Disambut Suara Merdu Jiran, “Suara Not Bad”