Gelagat haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing sering sahaja mencuri perhatian ramai. Sifatnya yang manja dan setia menjadikan haiwan seperti ini sesuai dijadikan kesayangan. Malah kucing juga seakan kenal dengan tuannya dan pandai membuatkan hati peminat haiwan ini ‘cair’.
Bagaimanapun lain pula halnya dengan telatah dua ekor kucing dalam rakaman yang tular baru-baru ini. Dalam video tersebut kelihatan dua kucing berebut mahu duduk dalam kotak yang sama. Dah macam mana nak duduk juga dalam kotak tersebut kalau saiznya muat untuk seekor sahaja?
Berikut adalah rakaman dua kucing berebut mahu duduk dalam kotak yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter ini:
One box two catsππ pic.twitter.com/i0HBaZTGl5
— Nature & Animalsπ΄ (@AnimalsWorId) February 28, 2021
Dalam rakaman itu, kelihatan seekor kucing sedang duduk bersantai dalam satu kotak. Kemudian datang seekor lagi kucing yang juga mahu duduk di dalam kotak tersebut. Tidak mahu mengalah masing-masing, telatah dua ekor kucing ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 3,500 likes.
Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman yang dikongsikan ini di ruangan komen seperti berikut:
“Muka di akhirnya”
His face in the end ππ
— Sarah πΌ (@rural51) February 28, 2021
“Dasar tak nak mengalah”
Dasar tanak mengalah πππ
— aisyahamir (@aisyohamir) February 28, 2021
Neither is giving up π€£π€£π€£
— Coco π»πβπΊπ³π¦π¦π¦π β£ (@Bubs1967) February 28, 2021
“Macam mana gayanya ni?”
Gimana sih konsepnya ini weyyy π
— Netta (@nettapriscilla) February 28, 2021
“Kelakar, ‘saya punya’. ‘Tak saya punya!”
Hilarious. MINE! NO MINE!
— misselooker (@misselooker) February 28, 2021
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Anak Singa Dan Anak Harimau ‘Bergaduh’, “Wah, Pergaduhan Ini Sangat Ganas!”
Pemuda Asyik Menyanyi Sendiri, Disambut Suara Merdu Jiran, “Suara Not Bad”