Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Burger Dalam Rumah main

‘Jual’ Burger Dalam Rumah, “Ni Baru Betul Work From Home”

Ain Mahthir by Ain Mahthir
1 year ago
in WOW
Reading Time: 2 mins read

Sejak dunia berhadapan dengan Covid-19 tahun lalu, banyak syarikat yang membuat peraturan dan membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah. Tidak kurang juga ada yang mulakan perniagaan sendiri untuk terus meneruskan kehidupan.

Masing-masing ada cara tersendiri dalam berdepan dengan pandemik tersebut. Walau bagaimanapun baru-baru ini tular dengan satu video yang memaparkan beberapa individu yang sedang jual burger dalam rumah. Menerusi rakaman tersebut, si perakam memaparkan dia sedang memasuki sebuah rumah.

Di satu sudut kelihatan satu kiosk menjual burger di tengah-tengah ruang rumah. Individu itu membuat pesanan burger tersebut. Berikut adalah rakaman yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok:

@nrzaza0506

#fypシ #fyp #PictureDanceTogether #Fyp #malaysia #SmileStrong2021 #foryoupage “JUAL BURGER DALAM RUMAH “ 😳 #burgerpercik

♬ bunyi asal – nrz aza – nrz aza

Wah, betul-betul dalam rumah dia buka kiosk jual burger! Tapi rasanya rakaman ini hanyalah gurauan semata-mata. Manakan tidak, individu yang datang membeli pun hanya bertuala. Atau mungkin juga berlatih sebelum memulakan perniagaan yang sebenar.

Apa-apa pun memang nampak macam real! Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 33 ribu likes dan ribuan komen. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman jual burger dalam rumah ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha dorang ni saje je, duk rumah lapar teringin nak makan burger. Nak keluar malas, so masak sendiri lah”

Burger Dalam Rumah 3

“Weh kucing ke yang jawab salam dia hahaha”

Burger Dalam Rumah 2

“Ni tutorial buat burger kann. Ni mesti baru download stall burger kan bro. Ahaha. Training luu”

Burger Dalam Rumah 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sofyank Buat Video Jadi Kakashi, “Animator Jepun Menangis Melihat Ini”

Kecoh Penemuan Anak Jerung Dengan Muka ‘Manusia’

Pemuda Asyik Menyanyi Sendiri, Disambut Suara Merdu Jiran, “Suara Not Bad”

SumberTiktok nrz aza

Trending

Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

2 days ago
Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

3 days ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

2 days ago
Anna jobling
Lawak

Tular Meerqeen merajuk dengan Anna Jobling gara2 ‘live’ sama Idris Khan, “Halah comey”

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia