Apabila disebut tentang shopping, pasti ramai perempuan suka dengan aktiviti tersebut. Tidak kiralah sama ada shopping barang groceries mahupun keperluan lain, aktiviti tersebut sentiasa dinantikan oleh para wanita.
Walau bagaimanapun, pasti ramai juga yang berhadapan dengan kekeliruan harga produk, sukar kawal perbelanjaan dan sebagainya.
Lihat bagaimana masalah-masalah tersebut dapat diatasi dengan kecanggihan teknologi yang terdapat pada troli ini seperti yang dimuat naik oleh akaun di laman Twitter milik @magmalaya.
Cemburunya tengok teknologi negara lain. pic.twitter.com/bfdwJHo8lL
— MAG • Faheem (@magmalaya) March 5, 2021
Menerusi rakaman tersebut, troli yang dimiliki oleh sebuah pasaraya di negara Barat ini bukan sahaja membolehkan penggunanya menyemak harga produk berkenaan, malah turut membuat pengiraan secara keseluruhan dan terus membayar tanpa perlu pergi ke kaunter!
Hebatnya! Ternyata, kemudahan yang dimiliki pada troli ini dapat memudahkan penggunanya sekaligus menjimatkan waktu dan tenaga orang ramai serta pihak pasaraya itu sendiri. “Cemburunya tengok teknologi negara lain”, kata pemilik akaun terbabit.
Rakaman itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 738 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.
“Tapi kat Malaysia ada jugak yang memudahkan…”
Tapi kat Msia ada jgk yg memudahkan mcm ni. Apps Tesco Scan & Shop. Beli brg & terus scan guna fon. Dh habis shopping, pergi kaunter khas utk yg guna apps ni, cashier just scan total amount & byr. Sungguh mudah & cepat 👍🏻 https://t.co/GfvzRKbecp
— 𝑻𝒊𝒂𝒓𝒂🌻 (@AlthahiraIzzati) March 8, 2021
Biasakan makan fastfood angkat. Troli letak balik kat tempat dia.
Itu pun aku rasa dah maju. https://t.co/nuD7lMfKZE
— Ibrahim (@IbrahimIsmail_) March 8, 2021
benda ni kan dah start ada dkt decathlon malaysia 😕😕 https://t.co/blv3WvXvmr
— nerina 🌼 (@frshnrn) March 8, 2021
“So ni lah orang kata dalam…”
So ni lah org kata dlm troli ade cashier. Fuh! https://t.co/zSIS1rt9rW
— Daniel Rosman (@DanielzDenn) March 8, 2021
“Kita perlukan troli ni…”
we need this trolley do in malaysia.. say bye bye to beratur panjang 🥺 https://t.co/IclLvib7Mr
— raa. (@syhrnajihah) March 8, 2021
“Jadi jakun sikit sebab troli nie…”
Yes !! First time masuk amazon fresh dulu aku jadi jakun sikit sbb troli nie, nasib laa duit ckup 🤦🏻♀️😂 https://t.co/YGUogKmWmD
— ميرا نزري (@mirxnxzri) March 8, 2021
Fyp zaman study buat project ni https://t.co/4SEdebqoDb
— Ridwan (@_ridwanisa) March 8, 2021
kalau buat kat Malaysia, troli tu mungkin bertahan 1 minggu je sebab lepastu confirm rosak tak pun orang bawa balik 😃😃😃😃 https://t.co/9lc8zGy4rM
— acacia (@acaciaxkma) March 8, 2021
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Budak2 SPM ini jadi tumpuan, lukis animasi pada baju sebagai kenangan!
Individu belai harimau kumbang macam kucing, tapi ramai pula yang suka!
Wanita cuba prank si suami, pura2 tangan tersangkut dalam jar