Merupakan seorang pelakon yang satu ketika dulu cukup popular, Tiz Zaqyah adalah salah seorang heroin yang sering menjadi pilihan produser dan stesyen TV. Namun tidaklah bermakna namanya kini kian pudar dengan kemunculan pelakon-pelakon baru.
Namanya masih diingati, apatah lagi bakat lakonanya itu bukan calang-calang. Watak yang pernah dibawakan dan diingati hingga kini adalah sebagai Nur dalam drama Nur Kasih. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah sungguh tak disangka Tiz Zaqyah juga berbakat dalam menyanyi.
Ini terbukti dalam perkongsian terbaru di Instagram miliknya, Tiz Zaqyah belanja video nyanyiannya kepada pengikut di laman sosial tersebut. Dalam rakaman itu kedengaran pelakon jelita ini menyanyikan semula lagu Bukan Aku Tak Cinta nyanyian asal Allahyarham Saleem.
Berikut adalah perkongsian Tiz Zaqyah belanja video nyanyiannya ini yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik selebriti tersebut:
Wow, boleh tahan suara nyanyian Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak ini! Perkongsian tersebut telah meraih lebih 19 ribu likes. Rata-rata warganet memuji suara nyanyian selebriti ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Fuhhh lain machiam la”
“Cuba nyanyi lagu Peluang Kedua”
“Sangat unik suara nye. Part chorus tu memang sedap sangat”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Jejak Rasul Papar Kisah Di Malaysia, “Bestnya. Tak Sabar Nak Tengok”
Lelaki Parodikan Drama Melayu Bawa Mesej Tersendiri, “Haha Jam Habis Satu Tangan”
Bayi Terhibur Dengan Kehadiran Kucing, “Boleh Buat Ringtone Bayi Gelak”