Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
gelek tiktok

Budak perempuan gelek TikTok kena sebijik dengan bapa, “Didikan awal…”

Nabilah by Nabilah
1 year ago
in Lawak
Reading Time: 1 min read

Kehidupan generasi muda zaman sekarang berpaksikan media sosial sehingga ada anak-anak kecil yang belajar berjoget dahulu sebelum pandai membaca gara-gara pengaruh aplikasi popular seperti TikTok.

Hakikatnya orang dewasa tidak dapat menghalang golongan muda dari menggunakan media sosial kerana mereka mungkin akan ketinggalan dalam banyak aspek memandangkan penyebaran maklumat kini lebih banyak berlaku secara digital.

Tetapi untuk mengajar anak-anak agar tidak terlalu terikut dengan aksi-aksi yang tidak berfaedah di internet juga menjadi satu cabaran besar buat ibu bapa kerana salah satu perkara yang penting bagi golongan muda adalah untuk mengaitkan diri mereka dengan rakan sebaya yang lain agar mereka tidak rasa terpinggir.

Jadi tidak hairanlah kanak-kanak mudah mengikut apa yang mereka lihat di TikTok dan ibu bapa juga menjadi tidak tenang untuk membiarkan anak-anak mereka bebas menggunakan media sosial.

Seperti video yang tular baru-baru ini pula, seorang kanak-kanak perempuan merakam dirinya bergelek untuk video TikTok ketika bapanya berjalan masuk ke dalam rumah di belakangnya.

pic.twitter.com/HwaGVUpj5R

— Sensei Sushi (@endwithz) March 24, 2021

Sebaik melihat gelagat anaknya itu, si bapa menendang punggung budak perempuan berkenaan dan memarahinya sementara kanak-kanak itu berjalan keluar.

Tindakan bapa tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen, rata-ratanya setuju bahawa ibu bapa patut tegas dalam memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan budaya TikTok.

“Penyakit ni jangan buat main…”

Bagus ayah dia. Penyakit ni jangan buat main. Cegah awal² https://t.co/wukSHkGQtW

— F412 (@AbuZahran17) March 26, 2021

“Kena lutut terus…”

Kene lutut terus dgn bapa diaa https://t.co/QK4siXOqPz

— sasmss (@young_sasms) March 26, 2021

Nahhhh ambik kau kena terajang 🤣 https://t.co/g0OquePUTN

— Lorraine (@ainpascuaa) March 26, 2021

tu makan diaaaa hahahahahaha https://t.co/n50HuWEqhF

— sien (@husienismail66) March 26, 2021

“Didikan awal…”

didikan awal kanak ii HAHAHAHAHAHA https://t.co/sQbwi8vabd

— aaid (@faidddman) March 26, 2021

“harap lebih ramai parents yg buat cmni…”

ok..ni kelakar. harap lebih ramai parents yg buat cmni bila tngk anak die terjoge2, tergedik2, terkinja2 dpn camera 😂 https://t.co/YBCEOHwbso

— فهد (@fahd_rhzd) March 26, 2021

“Thanks ayah…”

Thanks ayah tapi jangan la tendang 😂😂 https://t.co/v9fJ6W5SSu

— icedlatte (@ceyaashari) March 26, 2021

Ikuti juga kisah-kisah menarik di bawah.

Ibu Terjah Semasa Rakam Video ‘Raver’ , Gelagat Adik Beradik Ini Buat Berdekah!

Gelagat Budak Lelaki Disuruh Bergelek Sebab Pukul Adik Undang Ketawa

Remaja Terkejut Lihat Bapa Berkelakuan Ganjil Berjoget Depan TV

SumberTwitter

Trending

belum balik modal
Hiburan

Kutipan RM12 Juta, Tapi Belum Balik Modal Pembikinan Mat Kilau? Mawi Jelaskan

22 hours ago
mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

2 days ago
british mat kilau main
Hiburan

Pelakon Karakter Orang British Dalam Mat Kilau, “Lahhh Dia Rupanya”

15 hours ago
promosi produk
Hiburan

Babak Promo Produk Dalam Drama Ini Dipuji, “Pengarah Dia Buat Homework Dulu..”

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia