Popular dengan lagu Teman, anak muda bernama Iman Troye ini adalah pendatang baru dalam dunia hiburan. Bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, figura ini juga memiliki pakej lengkap yang membuatkan ramai meminatinya.
Lihat sahaja lagu Teman yang dinyanyikan Iman Troye ini mendapat sambutan hangat bukan sahaja golongan kanak-kanak dan remaja, malah yang dewasa juga. Walau bagaimanapun, sebelum ini Iman Troye berkongsikan teaser lagu raya yang akan dikeluarkannya.
Dalam perkongsian tersebut Iman bertanyakan tajuk sesuai bagi lagu tersebut kepada pengikutnya di laman itu. Terbaharu, Iman mendedahkan dia memilih tajuk ‘Pejam Celik Hari Raya’ buat lagu tersebut. Masih belum dikeluarkan sepenuhnya, Iman Troye mula membuat cabaran untuk lagu tersebut.
Wow, macam boleh viral lagi je lagu Iman Troye kali ini! Lirik ringkas dan muzik yang cukup catchy boleh ‘melekat’ dalam kepala pendengar. Apa-apa pun perkongsian cabaran ‘Pejam Celik Hari Raya’ ini telah meraih lebih 99 ribu likes dan 470 ribu tontonan. Β Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Dah melekat wehh lagu ni kat kepalaaa”
“…I started to get the raya vibes puasa pun belum hahaha”
“Cam biasa, Iman buat challenge nye dulu baru keluar ka lagu hahaha”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
“Sangat Unik Suaranya”, Tiz Zaqyah Belanja Video Nyanyiannya Raih Perhatian
Telatah Jebat Jayden Berceloteh, “Dah Best Dah Cite Hantu Tu. Tetiba Masuk Mummy”
Bayi Terhibur Dengan Kehadiran Kucing, “Boleh Buat Ringtone Bayi Gelak”