Bagi yang belum berkahwin, melihat pasangan pengantin bersanding mungkin membuatkan anda tidak sabar untuk mendirikan rumahtangga. Tetapi hakikatnya menjadi ‘raja sehari’ bukanlah mudah seperti yang disangka kerana di akhir majlis pasti masing-masing akan keletihan melayan tetamu.
Pengalaman yang sama dikongsikan oleh wanita ini yang baru sahaja bergelar isteri. Menurutnya, sebelum ini dia begitu teruja sekali apabila melihat pasangan pengantin bersanding di atas pelamin. Bukan saja nampak cantik malah mereka juga diraikan sepanjang majlis dan dilayan bak raja.
@sofeasofea_
Namun selepas merasai sendiri pengalaman ini, dia mengakui ia bukanlah semudah yang disangka. Di dalam video yang dikongsikannya ini, dia dan suami sempat dirakam beberapa kali tertidur semasa majlis persandingan mereka. Oleh kerana berasa terlalu letih, kedua-dua mereka tidak dapat menahan diri dari tertidur apabila menuju ke penghujung majlis.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pengalaman yang dikongsikan wanita ini. Hakikatnya, menjadi raja sehari bukanlah satu tugas yang mudah kerana perlu melayan tetamu dan bergambar sehingga majlis selesai. Ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama semasa bergelar pengantin satu masa dahulu.
“Ye wei. Aku dulu sampai krem mulut sebab tak berhenti senyum.”
“Ye penat kalau boleh malas nak pergi outdoor.”
“Kadang nak senyum pun malas dah tapi baru je nak relax orang mari nak ambil gambar.”
“Ngantuk gila.. rahang aku ni rasa nak cabut sebab asyik kena senyum je.”
Bukan saja perlu melayan tetamu, pengantin juga biasanya perlu menjalani sesi fotografi di luar pula selepas majlis selesai. Walaupun penat tapi ini pastinya menjadi kenangan paling tidak dilupakan seumur hidup.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Peniaga Tertidur Masa ‘Live’, “Bang Bunyi Tu Pelan2 Sikit Nanti JPJ Saman”
Kenduri Kahwin Rare, Hantaran Unik Dan Pilihan Makanan Pun Banyak!