Tiada siapa yang suka berhutang tetapi melainkan seseorang itu mempunyai gaji yang besar atau ibu bapa yang kaya raya, pinjaman kewangan adalah sesuatu yang diperlukan oleh ramai orang untuk membeli rumah dan kereta, menyambung pelajaran, atau membuka perniagaan.
Tentu sekali orang ramai disarankan untuk membuat pinjaman dari sumber yang boleh dipercayai dengan cara yang sah, tetapi untuk mendapatkan pinjaman dari bank memerlukan pelbagai kelayakan yang mana sesetengah orang tidak mampu penuhi.
Jadi jalan penyelesaian bagi masalah itu adalah dengan membuat pinjaman dengan ceti haram atau ‘Ah Long’.
Walau bagaimanapun pinjaman dengan Ah Long sering berakhir dengan ugutan dan gangguan sehingga hutang dan faedah yang tinggal dibayar habis kepada mereka.
Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang pembantu rumah menjadi mangsa gangguan apabila Ah Long yang dihutangnya telah menghantar 20 rider Food Panda ke rumah majikannya pada 1 April sebagai jenaka April Fools.
Keluarga majikannya terkejut menerima begitu banyak pesanan yang mereka tidak buat, tetapi mujur selepas menyedari bahawa pesanan yang diterima adalah satu prank, semua rider beredar tanpa meminta bayaran untuk pesanan makanan yang telah dibuat.
Majikan wanita dari Indonesia itu kemudian menerima panggilan dari Ah Long berkenaan yang mendedahkan bahawa pembantu rumah mereka ada meminjam duit.
Wanita itu juga mengaku meminjam duit untuk membantu ahli keluarga yang sakit, sebelum ditemani oleh majikannya untuk membuat laporan polis.
Ikuti juga kisah-kisah menarik di bawah ini.
Lelaki duduk tepi jalan cuba bagi orang duit, “Muka tak malu…”
Majikan bayar gaji terakhir lelaki ini dengan duit syiling bersalut minyak
Lelaki Sabah kongsi pengalaman makan Nasi Kandar sampai RM80, “Duit makan 4 hari kot…”