Pastinya menerusi majlis bahagia seperti pertunangan mahupun perkahwinan, sesiapa sahaja mahukan majlis terbabit berlangsung dengan lancar dan jika boleh tidak mahu berlaku sebarang masalah.
Namun begitu, kisah seorang wanita dimajlis bahagianya ini menjadi perhatian warga maya diruangan aplikasi TikTok apabila dia mendedahkan satu kejadian yang boleh tahan mengundang dia juga merasa terhibur. Lihat sahaja dibawah apabila dengan selamba satu ‘kelibat’ kecil belakangnya buat hal.
@suzana99 Dan2 je dia berak mase tgh majlis🤣🤣🤣🤣 #foryoupage #fypdongggggggg #fyp
Perkongsian daripada pengguna Noor Suzana ini memaparkan gelagat seekor anak kucing yang dilihat sedang asyik membuang di bahagian belakang pelamin yang dipasang.
Kejadian itu sempat dirakam dan mencetuskan gelak tawa netizen yang tidak dapat menahan rasa terhibur mereka kerana anak kucing comel itu dengan selamba membuang sedangkan disitu tiada pasir untuk digabusnya nanti.
Kejadian lucu itu juga disamakan dengan situasi bekas kekasih yang sepertinya merancang dan netizen juga berseloroh bahawa kucing berwarna oren dan kereta Myvi banyak persamaan.
Ini kerana jika anda lihat menerusi media sosial, ada-ada sahaja kisah kucing Oyen mahupun kereta Myvi yang pelik dan menghiburkan warganet.
“Ni mesti ex yang suruh, khianat betul”
“Oyen dan Myvi banyak persamaan… dimana-mana buat hal”
“Muke selamba je berak atas pelaminn”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
“Lofa dah ada teman”- Momen ‘sweet’ Neelofa & suami serba biru jadi tumpuan
Bunyi menakutkan dari dapur, video ‘pelik’ dikongsi ini terima ratusan komen
Nabil Ahmad cemas bila kesan gincu dibaju disoal isteri, “Cuak Nabil”