Drama gandingan pelakon Intan Najuwa dan Redza Rosli berjudul Tak Sempurna Mencintaimu ini nampaknya semakin mendapat perhatian peminat drama tempatan. Drama ini disiarkan setiap Isnin hingga Ahad jam 7 malam di TV3.
Walau bagaimanapun baru-baru ini perkongsian video pendek oleh Intan Najuwa ketika sesi penggambaran dama tersebut telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu kelihatan Intan Najuwa peluk kambing yang sangat jinak.
Anak kambing itu berwarna coklat dan merelakan dirinya dipeluk membuktikan ia sangat jinak serta selesa. Malah Intan Najuwa sempat mengambil gambar bersama anak kambing itu dan membuatkan ramai memuji telatah haiwan tersebut yang pandai beraksi di depan kamera.
Berikut adalah perkongsian rakaman Intan Najuwa peluk kambing di set penggambaran yang dimuat naik di Instagram miliknya:
Alahai dah macam pegang kucing je Intan Najuwa buat anak kambing ini. Rela pula haiwan ini dipegang sebegitu! Apa-apa pun perkongsian oleh selebriti tersebut telah meraih lebih 219 ribu tontonan dan 42 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“…Amboi kambing tu pandai ek tengok kamera”
“Kambing tu redho je”
“Kambing tu mesti kambing jantan”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
“Kelakar Betullah” – Babak Lakonan Ain Edruce Dan Nad Zainal Bikin Terhibur!
Telefilem 18 Puasa Bakal Temui Penonton Tak Lama Lagi, “Yak Yak Yeee”
Tular Tayang Almari Kemas, Gadis Ini Kongsikan Caranya Melipat Baju