Pelakon dan penyanyi, Zizan Razak mendapat perhatian peminatnya diruangan Instagram apabila satu berita gembira dikongsikannya dimana dia juga merasa cukup teruja dengan satu kerjasama luar biasa dengan sebuah syarikat terkenal, Yamaha Motor Malaysia.
Melalui ruangan Instagram, Zizan Razak memuat naik beberapa momen bahagianya itu kepada umum dan dikongsikan juga sebuah motor yang difahamkan merupakan satu kolaborasi hebat buat selebriti popular ini.
“Tak terkata Zizan harini terasa bangganya bila Yamaha Motor Malaysia sudi bekerjasama dengan Zizan Razak. Ini sejarah hebat dalam pencapaian saya.
“Alhamdulillah and thanks so much to Yamaha Malaysia untuk hadiah dan kolaborasi yang cukup luar biasa ini. So inilah design yang hanya satu dalam dunia model Y16ZR taiko version Zizan Razak edition!!”
Bagi pelakon filem popular ini juga, dia bersyukur dengan kolaborasi bersama Yamaha Malaysia itu dan mengatakan ia sejarah hebat dalam pencapaiannya. Lihat pula sebuah motor yang direka khas ini, cukup power!
Posting Zizan Razak itu bukan sahaja mendapat ribuan tanda suka bersama ratusan reaksi daripada peminat malah ia juga menarik perhatian rakan-rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah dengan pencapaiannya itu.
“Tahniah Zan”
“Alhamdulillah rezeki! Gempaknya…”
Dalam pada masa yang sama, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
‘Posting’ baru Neelofa di Instagram undang ribuan reaksi pengikut
Netizen terkejut lihat video ‘along’ siap sedia nak mengintai, “Hahaha…”
Gara2 menari pakai serba putih, Iman Troye & Naim Daniel dikatakan macam pengantin