Meluangkan masa bersama rakan-rakan sesuatu yang kebanyakan remaja dapat rasai. Lebih-lebih lagi jika mereka tinggal di sekolah berasrama, lebih banyaklah masa diluangkan bersama. Namun ini hanya berlaku pada segelintir individu sahaja.
Dalam perkongsian satu rakaman yang memaparkan telatah sekumpulan remaja bermain pemukul spontan ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam video itu nampaknya permainan pemukul spontan itu seakan dihasilkan sendiri. Namun apa yang yang mencuri perhatian ramai adalah saiz papan permainan itu yang cukup besar untuk kepala keluar dari setiap satu lubang tersebut.
Manakala seorang pemain memegang pemukul untuk memukul kepala yang keluar dari lubang secara random. Wah, memang perlukan strategi bermain permainan ini! Berikut adalah rakaman remaja bermain pemukul spontan yang telah dikongsikan semula di Twitter:
Tersenyum tengok video ni. Best nya ada kawan bergelak ketawa macam ni. pic.twitter.com/ETz0eKi7kU
— Pakcik 2 #RakyatJagaRakyat (@JalalMisai_2) April 7, 2021
Lelaki bila jumpa rakan-rakan, mulalah keluar segala idea kreatif untuk berhibur. Apa-apa pun memang nampak seronok kumpulan remaja bermain bersama ini. Perkongsian ini telah meraih lebih 183 ribu tontonan dan 11 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan rasa teruja mereka menyaksikan rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Ni best main nak2 lagi kalau dah lama berdendam”
“Lelaki punya cara have fun memang rare terok”
“Hahaha. Tengok pon kelaka”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Trailer Airforce The Movie: Selagi Bernyawa, “Pelakon Nampak Hebat Semua!”
Telefilem 18 Puasa Bakal Temui Penonton Tak Lama Lagi, “Yak Yak Yeee”
Tular Tayang Almari Kemas, Gadis Ini Kongsikan Caranya Melipat Baju